Jemput Masuk ^_^v





Tuesday 29 November 2011

Kenapa Kome Merajuk Neh ?

Assalamualaikum WBT.


Salam Sejahtera kepada semua bloggers yg mengenali diri ini walaupun sudahn terang algi bersuluh hanya ade satu blogger je yang follow blog saya neh. Tapi sokay la, saya budak baru belajar , aan?

Oke , saya tak mahu la panjang-2 sangat intro, just nk brief-an tajuk seperti mana yang tertera dekat atas neh , bahawa se-nya, hahahaha, naper kena berjauh hati, makan hati, iri hati, dan semua yang ada hati sewaktu dengannya.. Aduihhh, masak la lagu neh , habeh owang makan hati , kesian dekat sume haiwan-2 yang halal dimakan tu yek, berdebor-2..

Mana idok-nye, asal bangun pagi je, mandi-2, gosok gigi, tukang semeleh dah sedia menunggu, ermm,

WAIT!

 apa kena mengena dengan tajuk neh, uhh ! Merapu!

Back to our stolly-molly, ini cerita hot untuk dax-2 yang baru masuk semester baru , and dax-2 yang baru aje berpisah dengan kawan-2 mereka dan sedang mencuba untuk berdampingan dengan kawan-2 baru. What i just mean is that, most of them may think their friends is trying to go away from them, leave them or the worst thing, trying to seek new friends instead of the old one. Is that better for these fellows to accept the truth that their friends is running away from them? They may feel pressure, for sure, they also may think, "Oh, what to do , they are gone, T.T".

How about being separate because of the hostel regulation ?

Erk! Terpanjang pulak speaking London meyh ! Koya !

Macam mana pulak dengan dax-2 yang berpisah dengan kawan-2 sebab bertukar bilik? Tercampak dari list yang dapat hostel , and terpaksa menyewa, for sure, mereka-2 ni akan terpisah, kalau terjumpa pun maybe dalam kelas, di kantin atau cafe, di susur gajah, or whatever. Situasi masa jumpa ? Mesti kita akan jalan dengan orang yang terdekat dengan kita kan? Hmm, sebagai homework, fikirkan apa yang akan terjadi masa terjumpa , terserempak itu.. hoho !

How to overcome. ( Cara saya )
1. Think positive
2. Don't easily trust anybody in term of sharing secret
3. Don't ACTING
4. Smile
5. Take it easy
6. (IMPORTANT!) You are NOT alone


p/s : entry macam kurang kena je dengan tajuk, ^_^v peace!

Ihsan google

Saturday 5 November 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 4)

QAMALIYA sendirian di pintu khemah. Sengaja dia tidak mahu menyertai yang lain mengelilingi unggun api. Dia mengelamun. Semakin dia lari dari masalah yang membelenggu rupanya dia semakin dekat dengan masalah tersebut. Fikirnya jiwanya akan kembali tenang namun sebaliknya yang terjadi. Dia mengeluh kasar.
            “Kenapa mengeluh?” sapa satu suara. Jantung Qamaliya tersentap kuat. Pantas dia berpaling. Dari tepi khemah Raiyan muncul. Qamaliya kelu. Entah kenapa dia jadi malu untuk berbicara dengan pemuda itu meskipun Raiyan sedikit pun tidak mengetahui isi hatinya. Qamaliya pegun. Serasa ringan kakinya ingin bangun dan berlalu.
            “I minta maaf kalau you terkejut.” Kata Raiyan. Qamaliya pantas tersedar. Dia sekadar membisu. Bibirnya terasa berat. Mujur sahaja dia duduk membelakangkan  cahaya.
            “Kenapa diam? You macam nak menjauhkan diri aje..” Qamaliya terusan diam. Raiyan mati kutu.
            “Oklah kalau awak tak nak cakap dengan saya. Maybe I suppose to go.” Kata Raiyan seakan ingin meraih perhatian Qamaliya. Qamaliya berfikir sejenak. Raiyan tidak bersalah sebenarnya. Cuma dia sahaja yang malu sendiri. Perlahan Qamaliya cuba membuka mulut.
            “Daniella tak ikut ke? Dia mungkin tak suka kita berduaan macam ni.” Kata Qamaliya, cukup perlahan namun masih dapat didengari Raiyan. Qamaliya mendongak sedikit melihat Raiyan yang sedang berdiri di hadapannya. Pandangan mereka bertaut.
            “Kenapa pulak dia tak suka?  You’re my friend, right?” jawab Raiyan seraya tergelak kecil. Qamaliya bungkam. ‘ Friend? Oh, TUHAN.’ Suasana sepi kembali.
            “So, that’s  why you menjauhkan diri? Come on, Liya. Awak ni macam orang putus cinta.” Qamaliya sekali lagi bungkam. Pipinya berona merah. Terasa darah menyerbu naik ke mukanya. Tepat mengenai batang hidungnya sendiri.
            “Taklah. Aku takut awek kau datang serang aku je. Mati aku.” Lambat-lambat Qamaliya bersuara. Bibirnya di ketap perlahan. Bahasa lembut yang digunakan tadi sudah kembali kasar. Qamaliya tidak peduli. Dia tidak mahu terlalu mengikut perasaan dan berbahasa. Dia cuba mencipta tawa namun ternyata ia hanya lakonan semata.
            “Tak lah. Rilek la. Selagi kau kawan aku. Dia bukan boleh buat apa-apa pun.” Jawab Raiyan seraya duduk di atas rumput berhadapan dengan Qamaliya. Qamaliya sedaya upaya menundukkan muka nya dari dilihat oleh Raiyan.
            Raiyan pelik. Sikap Qamaliya mengundang tawanya.
            “Woit, kawan! Kenapa dengan kau ni. Main tuduk muka pulak. Ada jerawat batu ke apa.” Qamaliya tersentak. Serasa tebal mukanya dengan ejekan Raiyan.
            Tanpa dijangka tangan Raiyan memegang dagunya. Qamaliya terkesima. Pandangan mereka bertaut seketika. Dalam kesamaran malam kedengaran suara halus menghampiri mereka.
            “Raiyan! What are you doing?” Daniella bersuara lantang. Raiyan dan Qamaliya masing-masing terkejut. Sekejapan cuma satu tamparan hinggap di pipi Qamaliya. Raiyan terpempam.
            “Daniella! Apa ni?” marah Raiyan. Merah matanya menahan marah. Cepat sungguh tangan Daniella hinggap di muka Qamaliya tanpa mengetahui hal yang sebenar. Qamaliya pantas berlalu. Tanpa di pinta air matanya laju menuruni lekuk pipinya yang merah dengan kesan tamparan Daniella.
            Sungguh Raiyan menyesali perbuatan Daniella. Tidak disangka Daniella seorang yang berprasangka. Hubungan yang yang baru bermula serasa ingin diputuskan serta merta. Mindanya ligat berfikir.
            ‘Ah, persetan perasan Daniella. Tak tahu ke yang dia tampar tu member aku. Lantak kau la. Cemburu tak bertempat.’ Hati  Raiyan berbisik jahat. Sesungguhnya perbuatan Daniella itu tidak ubah umpama melukakan hatinya juga. Teman lelakinya.