Jemput Masuk ^_^v





Tuesday 31 January 2012

Akulahh Pelakon !

Assalamualaikum.. 
Waalaikumsalam.. hahaha

Wahh , gembira betul Cik Lavender hari ni ye, amboi, kalau boleh bukan setakat sekelas saya nak bagitahu, satu UITM di hatiku ni pun boleh.. Well, saya sangat bangga menjadi warga UITM, ada siapa-siapa kesah ? Tak lama pun kan CikLavender menyepi , cuma tolaktambah seminggu je kan ? Dah ada yang rindu ke? Siapa lah saya ni kan , Rindu dan Cintalah kepada yang Maha Esa sebelum merindui saya, tanpa Dia , siapa la saya. Chewahhh ! Serius Beb !

Okey , cukup mukaddimah yang tulus dan bererti dari saya, tajuk saya hari ni , saya jadi pelakon ? Aik ? Suspen je tajuk er ekk ? Pelakon murahan bole la kott, dan memang murahan pun , BUKAN JUAL DIRI OKE ! hoho ! Tapi jangan mainmain, murahan pun boleh tahan banyak tawaran .. haha .. Aku da setat merapek.. Mende laa.....

Penat la taip , tengok belog Cik Anim je la ekk ? HAHA !

p/s : sejak bila aku rajin ! muahaha ! Ehh, kenapa tibatiba aku rasa macam feveret blogger aku visit aku punya belog ! Kenapa tibatiba macam malu ha ? (@.@)

Wednesday 25 January 2012

Akhirnya Siap Jugakk !

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia !

Rasanya masih belum terlambat untuk CikLavender mengucapkan selamat pagi. Awal betul saya bangun kan , mesti la awal , bangun awal solat subuh, dah solat subuh study sikit. Lagipun kan orang kata bangun awal neh rezeki cepat masyuk ! Memang terbukti la woi ! haha .. Pagipagi lagi roomate dah bayar hutang , masuk limapuluhhengget dalam poket. kehkeh.

Okeh, Macam mana entry tajuk serupa itu ? Sebabnya, setelah seminggu bergelut dengan test dan kuiz , akhirnya siap jugak skrip Bahasa Arab neh. Kenapa skrip ? Mestila skrip , sebab CikLavender kan nak jadi pelakon , nak menang anugerah pelakon terbaik wanita 2013.. Lambat lagi la woi ! ABPBH2011 tak lepas lagi kott ! kahkah, koya kao !

Lantak la, aku peduli hape, walaupun fed up dan menyampah dengan skrip neh , terpaksa la jugak siapkan, dan akhirnya siap jugak dengan bantuan Encik Google , Kamus Bahasa Arab dan Buku Latihan Arab itu sendiri ,( sebenarnya Encik Google je yang wat kije ) hoho !

Haha, Sangatsangat happie la , Sem depan adik aku pulak yang akan mengadap kamus tersebut , seronaknye ! Padan muka ko !

Okay, dah habis aku merepek , byebyebye !


p/s : Adui, petang neh nak start shooting dah, Penat bulum hilang lagi lol ! =.=

Monday 23 January 2012

Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin !

Salam ! 
Wah wah wah ! Hari ini Cik Lavender sangat gembira la , nak tergolek , nak terlompatlompat , semua ada la !

Apahal Cik Lavender ni , buang tebiat ke apa aa ? Orang lain happy gax ekk ??

Ingat tak entry yang lepas ? Cik Lavender cakap nak bagi resepi Spagetthi Carbonara ? Tak ingat ? Meh nak bagi ingat!

Dah ingat ke ? Okay , kan dalam entry tu saya ada bagitahu nak buat masak ikan patin lak , so sebab tu la saya happy . Masak lemak cili padi ikan patin kott, Perghhhhh ! Rugi tak try , memang best dan berlemak . 

Tak sangka pulak rupanya senang je nak masak ikan patin , yang susah dan payah cuma masa nak siang je , ikan patin ni kan ikan sungai , jadi it's a little bit smell. Mungkin masa nak menghilangkan hanyir tu kot yang mencabar kesabaran , ada setengah orang tak sabar tengok ikan patin ni perap lamalama dalam air limau atau air garam, ada pulak orang yang terbayang macammacam masa nak makan ikan neh , asal usul ikan ni la, apa ikan ni makan , uh ! Nonsense. 

Macam mana la ikan yang sedap ni korang tak teringin nak makan. ! hoho !
Okay , cukup dengan isu ikan patin neh , sekarang Cik Lavender nak bagi resepi Spagetthi Carbonara tu.

BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus spagetthi ( nak buat guna fettucini pun boleh )
1 tin sos carbonara prego ( kalau nak buat sendiri pon boleh cuma guna krim masakan )
sedikit isi ayam atau daging ( nak guna daging kisar atau daging burger pun okey)
bawang putih dan bawang ,merah
Cendawan butang / cendawan shiitake
1/2 cawan susu segar / cream mushroom sup
sedikit daun parsley
garam
lada sulah
parmesan cheese

CARA PENYEDIAAN :
1. Spagetthi di rebus sehingga warna bertukar cloudy, masukkan sedikit minyak atau margerin untuk elak melekat.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan daging/ ayam/ daging kisar tadi.
4. Masukkan sos carbonara dan gaul bersama ayam dan daging tadi.
5. Masukkan mushroom , gaul sebati.
6. Masukkan susu segar/ cream cendawan sedikit demi sedikit
7. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
8. Siap untukl dihidangkan , gaul bersama daun parsley yang telah di cincang halus.
9. Taburkan parmesan cheese secukup rasa.

SIAP !

ihsan Cik Lavender

p/s : Perghhhh, bertambah la berat badan ku !

Saya tak Tahu la .

Assalamualaikom, hoi ! 

Ngehngehngeh.. saje je , nak menjenguk PakCik Belog yang terchenta. Di hari yang indah , dan panas berdering-dering neh , Cik Lavender sangat bosan stay di rumah, iyelah , nak keluar panas sangat . kang sunburn pulak wajahQue neh. hehe. 

Mukaddimah yang tak seberapa kn ? Mukaddimah ke tuh ? Konpius Ceq ! 

Sekarang ni you all tahu tak pasal blogger yang baru tu ? Apa kata saya cadangkan kepada siapasiapa yang tahu pasal blogger yang baru sila ajarkan. Saya memang totally tak paham, dekat mana nak nak post , nak tukar layout , template and semua la. 

Bukan bermaksud nak buka satu lagi Pak Cik Belog , the problemas is, saya ada assignment IT yang nak disiapkan. 

Ceritanya , untuk assignment neh Cik Lavender kena bikin Belog yang jual-jual produk online, And the most easy one is Belog, uhh , Glemarla kau ye Pakcik Belog ! haha

Instead, kami juga akan dapat membantu SME Industry untuk kembangkan perniagaan mereka dalam dan luar negara. Basicnya dah diajar, tinggal nak di aplikasikan saja. But then, kondem sebab Blogger yang baru neh, tak paham betol , tibatiba je , ingatkan sebab google akaun ke mende ke kn ? 

Ke sebab Cik Lavender buta IT ? Tak mungkinla kan , .......
At least saya tau la jugak nak taip mende alah ni walaupun bukan selalu.. heheh !

Cik Lavender Merepek !
credit to google