Jemput Masuk ^_^v





Saturday 29 October 2011

Kena Tinggal !! waaaa!

Asslamualaikum semua...
Malam yang indah lagik permai untuk Terengganu lawan N9 kn ? tapi kite tak tengok pon, kite bkn minat sangat pon mendemende macam ni , so kite better melarikan diri kek dalam blik yang gelap gelita ni... Dan sangat susah untuk menaip dalam keadaan yang sangat gelap ini ye, harap maklum . . winkwink -_^


Okeh, untuk memulakan tajuk kite pada hari ni better kite tanya satu soklan la untuk kamoo semua yang kite sayang dan comel.. Seronok ke ditinggalkan sendirian ? Ada rasa macam makan nasik tak ? Ke rasa macam nak pelangkung orang ke macam mana ?


Adui , sakit hati kan ? 


P/S : hehehehe ^_^v peace!

Thursday 27 October 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 3)

SEUSAI melakukan tugas yang diberikan mereka. Qamaliya, Lidya dan beberapa orang ahli kumpulan mereka yang lain mengambil alih giliran untuk mereka mandi di sungai berhampiran. Perlahan langkah di atur. Namun entah mengapa dan bagaimana kaki Lidya tersadung dek akar kayu yang bersimpang siur di situ. Mujur sahaja Lidya tidak tersungkur ke tanah sebaliknya di tahan oleh seorang pemuda.

            Qamaliya yang leka berjalan di belakang Lidya pantas berpaling apabila mendengar jeritan Lidya. Melihatkan Lidya yang hampir tersungkur dalam pelukan seseorang, dia bergegas.
            “Ya ALLAH, Dya! Kenapa ni?” Lidya mengaduh kesakitan. Bukan sakit tersadung sebenarnya. Tapi sakit kerana lengannya di cekam kuat pemuda itu. dalam kesibukan mereka memapah Lidya untuk bangun, Qamaliya mendongak. Dia terpempam. Raiyan!
            Masing-masing terkesima. Raiyan terkejut dengan teriakan Qamaliya manakala Qamaliya terkejut kerana tidak menyangka Raiyan turut bereada di situ. Lama mereka begitu sehinggalah ketua komandan mereka muncul. Kalut Qamaliya dibuatnya.
            “Macam mana? Awak ok?” tanya ketua komandan yang bernama Nazmi. Itupun di ketahui melalui  nametag yang dipakainya. Qamaliya tersedar. Cepat-cepat dia menuruti langkah Nazmi yang sedang memapah Lidya balik ke khemah. Qamaliya membantu apa yang patut. Dia hanya diam membisu. Cuma tangannya yang lincah membantu Nazmi mambalut luka di kaki Lidya. Raiyan pula sudah hilang entah ke mana. Mandi agaknya, fikir Qamaliya.
            Usai solat, Qamaliya menyertai Lidya dan lain-lain untuk makan malam. Sejurus mengambil sepinggan nasi dia mengambil tempat di salah satu batu besar di situ. Lidya di sebelahnya seakan tidak menyedari kehadirannya disitu.
            “Amboi, mentang-mentang abang hensem selamatkan kau, langsung lupa aku ye..” suara Qamaliya. Lidya yang baru menghabiskan suapan terakhir pantas berpaling. Senyuman lebar dihadiahkan untuk Qamaliya.
            “Ya ALLAH, Liya. Kau tahu tak apa perasaan aku?!” kata Lidya separa menjerit.
            “Aku tak tahu..” selamba Qamaliya menjawab.
            “Memang la kau tak tahu. Ni aku nak bagitahu. I’m very happy Qamaliya. He cure me… lepas mandi tadi terus mamat tu datang kat aku. Macam tahu-tahu je. Siap bawakkan aku dinner lagi.” Cerita Lidya sambil tersenyum panjang. Qamaliya mencebik.
            “Eleh, sebab kau jatuh je dia layan kau baik. Kalau tak bolayan lah!” perli Qamaliya. Lidya bagaimanapun cepat-cepat menyangkalnya. Nampak sangat temannya itu sudah jatuh hati.
            “Tak mungkinlah. Tadi masa kat jeram ada jugak orang tergelincir. Dia tak kisah sangat pun. Hah?!” sangkal Lidya. Qamaliya mati kutu.
            “Yelah, aku nak makan ni. Karang tercekik pulak aku.” Balas Qamaliya akhirnya.
            “Eleh, aku tahu la kau jealous. Tak ada orang nak layan kau macam tu kan?” kata Lidya. Qamaliya diam. Dia langsung meneruskan suapannya.
            “Eh, Liya. Tadi aku nampak Raiyan.” Tiba-tiba Lidya bersuara. Serentak Qamaliya tersedak. Pantas tangannya mencapai gelas Lidya yang masih berisi.
            “Kan aku dah kata jangan cakap. Kan dah tersedak aku.” Marah Qamaliya. Gelas kosong diserahkan kembali kepada Lidya yang tersengih macam kerang busuk.
            “Sorry la kawan.” Kata Lidya, pendek. Lama  mereka berdua bungkam. Barangkali memikirkan ayat yang terbaik untuk Qamaliya.
            “Kau nak terpeluk Raiyan la tadi. Nasib baik Riyan ada, kalau tak menyembah bumi la kau.” Kata Qamaliya perlahan seusai dia menghabiskan hidangannya. Lidya berpaling memandang wajah Qamaliya dalam kesamaran unggun api.
            “Aku tak tahu pun dia join jugak. Kalau tak…” belum habis bicara Lidya, Qamaliya pantas memangkah.
            “It’s okay. Aku tahu….” Perlahan Qamaliya bangun meninggalkan Lidya sendirian. Lidya termenung panjang sebelum dia sendiri turut meninggalkan tempat duduknya untuk menyertai yang lain mengelilingi unggun api.

Wednesday 26 October 2011

Saya Suka Orang Gitar . . heheh !

Salam kepada semua yang mengenali diri ney.. ^_^v peace!


Berselang dengan sehari kite tak update entry , kompom tade orang nak windu ann ? Alaa , baru sehari je pon , bukan sebulan ke dua bulan ke satahun ke.. Hak tu memang kompom laa, even NUFFNANG pom ley majop pew... heheh..


Okeh , habis dengan mukaddimah yang tak best kite teruskn dengan tajuk pada hari ini.. Urmm.. Kalo kite sembang pasal gitar oke tak ? Honestly , kite memang tak ley bla dengan orang yang pandai main musical instruments, tak kira la ape-2 pon, ta kesah... Tapi paling best OFCZ gitar.. Sape yang boleh maen mende ney memang best r , wa tabikk lu ! haha . .


Kenapa kite admire sangat dengan alunan gitar neh , kite pon tatao , tapi die pnye alunan tu kalu dengor , mao gugur jantung , siap missing lagi hilang tatao gi mane. Melayang-2. Ah sudah , rubbish ! hoh !


So untuk sape-2 yang minat dengan gitar tu , tak kira la minat tengok ke , minat dengar ke , minat nak main ke, nak beli ke , kite share kan satu link yang menarik ney . . 
http://www.belajargitar.com/index.php?ref=ciklavender
Try la tengok , mana tao kena dengan jiwa u ols yang kite sayang neh ke... Mmmmuuuaaahh !


Ols for today .. ^_^v peace !


p/s : da pandai gitar nanti share la dengan kite jugakk ! =)

Monday 24 October 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 2)

“LIDYA, betul ke orang ni yang akan guide kita masa kat kem nanti? Poyo je aku tengok mamat ni.” Tanya Qamaliya ditengah kebisingan peserta ekspedisi tersebut. Lidya sekadar menjungkit bahu.
            “Entahlah. Tapi boleh tahan jugak hensem dia ni kan? Macam Nabil Mentor tu. Kau ingat lagi tak?” jawab Lidya. Qamaliya mencebik.
            “Kau ni memang!  Ulat bulu dah naik daun.”
            “Mana ada. Betul apa. Mimpi indah la aku malam ni.” Lidya tersenyum manis tatkala membayangkan mimpinya bersama pemuda yang sedang memberikan penerangan saat ini.
            “Mimpi indah tengkorak engkau! Dalam hutan macam ni mimipi indah apanya. Mimpi ngeri ada la.” Balas Qamaliya sedang matanya masih tertumpu pada pemuda yang sedang memberi taklimat di hadapan mereka kini.
            “Biar la. Asalkan abang kat depan tu sentiasa depan mata aku.” Lidya menjawab dengan lagak gediknya. Geli geleman Qamaliya dibuatnya.
            “Abang?? Aku rasa sebaya aku je mamat poyo tu.” Qamaliya pula membuka ruang bicara. Lidya semerta berpaling.
            “Yeke? Ahh, tak kira la. Aku dah sangkut betul la, hehe.” Giliran Lidya pula perasan sendiri. Qamaliya mengetap bibir.
            “Ikut suka kau la. Asal kau bahagia sudah.” Kata Qamaliya akhirnya. Lidya tersenyum sumbing.
            Tiba-tiba dirasakan pandangan Qamaliya tertancap pada sesusuk tubuh. Dari jauh dia mengamati susuk tubuh itu.
            “Eh, Dya. Kau nampak tak apa yang aku nampak.” Tanya Qamaliya pada Lidya yang khusyuk mendengar taklimat.
            “Tak nampak apa-apa yang pelik pun. Kau nampak apa?” tanya Lidya kembali. Qamaliya menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Aku salah tengok ke?’ fikirnya. Lantas hasratnya untuk bertanya lebih lanjut dibatalkan sahaja. Mungkin tersilap orang.
            “Entah-entah kau nampak hantu kot?” kata Lidya perlahan. Qamaliya pantas berpaling ke sisi.
            “Cit! cabul betul mulut kau ni. Aku cabai karang!” Qamaliya berang. Sudah tahu yang dirinya itu lemah semangat, lagi di usik temannya itu. Lidya tergelak kecil.
            “Rilek la. Aku gurau je.” Qamaliya menjeling tajam.
            “Eh, jom la. Abang tu suruh gerak. Jungle trekking pulak. I loved it!” kata Lidya kembali. Qamaliya memuncung bibirnya yang munggil.
            “Nak gerak la ni. Apa nama tempat ni? Aku lupa la, Dya.” Tanya Qamaliya seraya kakinya ikut melangkah menuruti Lidya di hadapannya.
            “Aku pun lupa daa.” Jawab Lidya pendek. Selebihnya mereka hanya diam mengumpul tenaga sepanjang pendakian mereka ke kaki Bukit Merah.
            Qamaliya juga begitu. Dia lebih banyak mengeluh sepanjang ekspedisi mereka kali ini. Langkah kaki Lidya di hadapannya terus diikuti tanpa leka dengan harapan tekanan yang dibawanya dari rumah dan tempat kerja akan dapat dibuang jauh di dalam hutan ini.
            Sampai di persinggahan rehat mereka Qamaliya bergegas mendapatkan bekalan air dari Lidya. Sekilas dia terpandangkan susuk tubuh itu lagi. Ingin ditanyakan kepada Lidya bimbang dia dikatakan mengelamun. Lantas hasrat itu dibiarkan sekali lagi. Namun begitu, jauh di sudut hatinya mengatakan bahawa lelaki itu turut berada di sini. Sejenak mindanya berputar. Mungkinkah?.

Update lagi > >

Assalamualaikum semua yang mengenali diri ini..
petang yang indah dan sejuk sebab musim hujan kat sebelah pantai timur ni dah slow2 nak bermula.. So, kita have fun je la.. kalo tamao demam sila jangan mandi hujan ye sayangku semua..
Erm , cuti sem yang boleh tahan membosankan tapi it's oke sebab kite tolong mummy kite buat kuih. seronok what ! dapat belajar buat kuih, belajar masak.. ingat ke idok tu belakang kira oke.. hoho.. 


Oke, ckit aje la yang nak di repot hari ni.. nanti ade citer menarik kite tulih lagi yep.. 


p/s : nak update citer lak nih.. 


peace ^_^v

Saturday 8 October 2011

Intro - Duck - Tion

Salam ols.. 
Selamat Petang yang indah lagik permai neh kan... hari ini saya sangat gumbira.. kenape agaknye ekk.. sebab tetiba saya dapat kawan baru, yang lawak and sangat sporting.. thanks kawan sebab menceriakan petang yang tensen dengan buku dan nota untuk paper Mgt269 yang secara livenye akan diadakan esok.. muahaha...
esok exam hari ni bru nak setat bace buku.. mentang-mentang la dah terer sesangat.. urm , terer ke ? solve that problem ! To Apple Green , hebat jugak bersenda dengan awk ye , ops ! adik sebenarnye kan.. awk tatao , saya aje yang tahu sebab saya je yang tahu umoo saya , awak memang OFCZ la tatao.. umoo tu rahsia tau sejak umoo nk masok angka 2 kat depan.. heheh..


Okeh, back to our story yang tade tajuk lagi neh, saya harap awak-awak kesayangan saya sudi la nak membaca , cubaan pertama , jadi ke tidak la agaknye ye.. INSYA'ALLAH, kalau korang-korang semua still support and give komen , i'll make sure to update that story from time to time.. Erm, saya tahu awak mesti support punye kan...


That olls for introduction , wish of happiness , tata ! ^_^v

Friday 7 October 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 1)

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan telahku berikan seluruh hatiku
Tapi terlambat sudah untuk dipersalahkan
Kerna sekali cinta aku tetap cinta.
ROSSA FT PASHA UNGU

Qamaliya menutup diarinya hari itu dengan perasaan sebal. Dia sebal memikirkan cintanya seolah-olah di tolak mentah-mentah oleh seorang lelaki. Meskipun secara zahirnya tiada sesiapa mengetahui hasrat hatinya namun sedikit sebanyak egonya tercabar. Hakikatnya dia malu.
            Sungguh dia malu untuk berhadapan dengan lelaki itu selepas ini. bagaimana reaksinya. Mujur sahaja hasrat hatinya belum terluah. Kalau tidak sudah pastinya dia di cop  syok sendiri. Kepada teman baiknya dia amat berterima kasih. Sekurang-kurangnya dia banyak membantu.
            Otaknya ligat berfikir.  Bagaimana caranya untuk dia mengelakkan diri dari bertemu atau seboleh-bolehnya dia tidak mahu langsung bertembung walau sekilas pandang dengan lelaki itu. Raiyan, kenapalah dia hadir dalam hidupnya lantas mengisi kekosongan jiwanya yang sepi. Qamaliya buntu.
            Panggilan telefon yang menjerit minta diangkat tidak dipedulikan. Dia sibuk saat ini. kepalanya berserabut. Sebolehnya dia tidak mahu diganggu. Selesai telefon bimbitnya berdering, telefon rumah pula menjadi mangsa. Kedengaran suara halus adiknya, Qazryna berbicara dengan seseorang. tidak lama kemudian namanya diseru lantang dari luar. Qamaliya bingkas bangun. Dia menjenguk ke luar.
            “Akak, kawan.” Kata Qazryna pendek seraya menyerahkan ganggang kepadanya. Qamaliya menyambut hulurannya dengan lemah. ‘Ada aje yang kacau la!’ bentak hati kecilnya.
            “Helo.” Sapanya kasar. Dia sudah mengagak siapa pemanggilnya.
            “Helo Liya. Kenapa ni? Call tak angkat. Kau sakit ke?” tanya Lidya dihujung talian. Qamaliya tersenyum sumbing.
            “Memang sakit pun. Sakit hati. Apahal kau call ni. Kacau la orang nak rehat malam-malam ni.” Jawab Qamaliya acuh tak acuh. Jiwanya benar-benar sakit. Kalaulah ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menenangkan jiwanya sudah pasti awal dulu dia lakukan.
            “Rileks la. Aku ada something nak bagitahu ni…” kata Lidya. Qamaliya mengeluh panjang.
            “Aku dah agak dah. Camping lagi la tu.” Teka Qamaliya. Lidya sudah galak ketawa duhujung sana.
            “Kau ni… tahu-tahu aje.. nak ikut tak? Hujung minggu ni. Mesti best.” Kata Lidya. Ketawanya masih bersisa. Qamaliya bosan. ‘ Apa ni? Kalut betul la.’ Bisik hati kecilnya.
            “Apa yang bestnya? Kau ni tak ada benda lain ke nak ajak aku join. Ajak la  aku pergi shopping. Treat aku tengok wayang ke. Aku tension siot ni!” luah Qamaliya. Perasaannya di luah kepada teman baiknya itu. sedikit sebanyak jiwanya tenang.
            “Alah.. last time. Lepas ni kau ajak pergi mana-mana pun aku ikut. Boleh? Please…” rayu Lidya lagi. Bila di fikirkan kembali, betul juga apa yang Qamaliya luahkan itu. banyak kerenahnya Qamaliya ikut. Tak kira kemana sahaja semua dituruti Qamaliya. Mungkin keakraban mereka sejak kecil mendorong Qamaliya berbuat begitu.
            “Yelah.. janji last tau..”
            “okay.. sebab tu aku sayang sangat kau.” Balas Lidya sebelum mengakhiri perbualan mereka. Qamaliya mengeluh lemah. Hujung minggu ni dia pasti tidak lekat dirumah lagi. Semuanya kerana temannya yang seorang itu. ‘ Hmm, nasib aku la.’ Keluh Qamaliya malam itu sebelum matanya lena.