SEUSAI melakukan tugas yang diberikan mereka. Qamaliya, Lidya dan beberapa orang ahli kumpulan mereka yang lain mengambil alih giliran untuk mereka mandi di sungai berhampiran. Perlahan langkah di atur. Namun entah mengapa dan bagaimana kaki Lidya tersadung dek akar kayu yang bersimpang siur di situ. Mujur sahaja Lidya tidak tersungkur ke tanah sebaliknya di tahan oleh seorang pemuda.
Qamaliya yang leka berjalan di belakang Lidya pantas berpaling apabila mendengar jeritan Lidya. Melihatkan Lidya yang hampir tersungkur dalam pelukan seseorang, dia bergegas.
“Ya ALLAH, Dya! Kenapa ni?” Lidya mengaduh kesakitan. Bukan sakit tersadung sebenarnya. Tapi sakit kerana lengannya di cekam kuat pemuda itu. dalam kesibukan mereka memapah Lidya untuk bangun, Qamaliya mendongak. Dia terpempam. Raiyan!
Masing-masing terkesima. Raiyan terkejut dengan teriakan Qamaliya manakala Qamaliya terkejut kerana tidak menyangka Raiyan turut bereada di situ. Lama mereka begitu sehinggalah ketua komandan mereka muncul. Kalut Qamaliya dibuatnya.
“Macam mana? Awak ok?” tanya ketua komandan yang bernama Nazmi. Itupun di ketahui melalui nametag yang dipakainya. Qamaliya tersedar. Cepat-cepat dia menuruti langkah Nazmi yang sedang memapah Lidya balik ke khemah. Qamaliya membantu apa yang patut. Dia hanya diam membisu. Cuma tangannya yang lincah membantu Nazmi mambalut luka di kaki Lidya. Raiyan pula sudah hilang entah ke mana. Mandi agaknya, fikir Qamaliya.
Usai solat, Qamaliya menyertai Lidya dan lain-lain untuk makan malam. Sejurus mengambil sepinggan nasi dia mengambil tempat di salah satu batu besar di situ. Lidya di sebelahnya seakan tidak menyedari kehadirannya disitu.
“Amboi, mentang-mentang abang hensem selamatkan kau, langsung lupa aku ye..” suara Qamaliya. Lidya yang baru menghabiskan suapan terakhir pantas berpaling. Senyuman lebar dihadiahkan untuk Qamaliya.
“Ya ALLAH, Liya. Kau tahu tak apa perasaan aku?!” kata Lidya separa menjerit.
“Aku tak tahu..” selamba Qamaliya menjawab.
“Memang la kau tak tahu. Ni aku nak bagitahu. I’m very happy Qamaliya. He cure me… lepas mandi tadi terus mamat tu datang kat aku. Macam tahu-tahu je. Siap bawakkan aku dinner lagi.” Cerita Lidya sambil tersenyum panjang. Qamaliya mencebik.
“Eleh, sebab kau jatuh je dia layan kau baik. Kalau tak bolayan lah!” perli Qamaliya. Lidya bagaimanapun cepat-cepat menyangkalnya. Nampak sangat temannya itu sudah jatuh hati.
“Tak mungkinlah. Tadi masa kat jeram ada jugak orang tergelincir. Dia tak kisah sangat pun. Hah?!” sangkal Lidya. Qamaliya mati kutu.
“Yelah, aku nak makan ni. Karang tercekik pulak aku.” Balas Qamaliya akhirnya.
“Eleh, aku tahu la kau jealous. Tak ada orang nak layan kau macam tu kan ?” kata Lidya. Qamaliya diam. Dia langsung meneruskan suapannya.
“Eh, Liya. Tadi aku nampak Raiyan.” Tiba-tiba Lidya bersuara. Serentak Qamaliya tersedak. Pantas tangannya mencapai gelas Lidya yang masih berisi.
“Kan aku dah kata jangan cakap. Kan dah tersedak aku.” Marah Qamaliya. Gelas kosong diserahkan kembali kepada Lidya yang tersengih macam kerang busuk.
“Sorry la kawan.” Kata Lidya, pendek. Lama mereka berdua bungkam. Barangkali memikirkan ayat yang terbaik untuk Qamaliya.
“Kau nak terpeluk Raiyan la tadi. Nasib baik Riyan ada, kalau tak menyembah bumi la kau.” Kata Qamaliya perlahan seusai dia menghabiskan hidangannya. Lidya berpaling memandang wajah Qamaliya dalam kesamaran unggun api.
“Aku tak tahu pun dia join jugak. Kalau tak…” belum habis bicara Lidya, Qamaliya pantas memangkah.
“It’s okay. Aku tahu….” Perlahan Qamaliya bangun meninggalkan Lidya sendirian. Lidya termenung panjang sebelum dia sendiri turut meninggalkan tempat duduknya untuk menyertai yang lain mengelilingi unggun api.

No comments:
Post a Comment