Jemput Masuk ^_^v





Sunday 16 September 2012

Penat Squared !!

Assalamualaikum !
#mood : oh! bosannya !

Helloooo, update lagi entry. Maybe entry yang last untuk minggu ni sehingga gua dapat bahan lagi untuk entry akan datang. Anyways, walaupun penat gila but it a lovely holiday with my grandparents, aunties and my family. Wahhh, dah macam pergi mana-mana je kan.

Macam biasa pepagi buta mak aku kejut kan aku bangun tidur. Dekat 5 minit lagi nak bertolak baru nak kejut kan aku kan. Bertuah betul, dah la semalam dekat pukul 4 pagi jugak baru aku terlelap. Orang nightmare masa tidur, aku pulak nightmare sebelum tidur. Tak selesa tukar tempat tidur agaknya kan.

Then, tiba la masa kitorang semua bertolak, lepas breakfast. Destinasi hari ini, kitorang pergi Mini Zoo. Tau dekat mana ? Kalau korang tinggal area Terengganu dengan Kuantan maybe tahu la kot.


Ini tag yang kitorang kena pakai, ada jugak orang yang tak pakai. Aku rasa macam logik jugak. Yelah, memang dah konfem-konfem kita bayar tiket masuk tu kan. hehe .


Ni pulak pintu gerbang mula-mula sekali masa nak masuk. Kat sini la tempat orang jual tiket. Tiket untuk kolam renang pulak dijual dekat dengan kolam renang. Maafkan saya, tiada gambar kolam renang di sini. Peace!



Kenderaan yang kitorang naik untuk masuk ke dalam hutan nun. Rupa dia macam kereta api, takde pintu. Bila dah sampai dalam boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau nak naik kereta kuda. Tapi for sure, kena bayar la. Tak silap aku dalam RM20 cenggitu la. Ke salah ? Rasa macam dah betul.. hehe.. Mahal kan ? Baik jalan kaki, free and boleh excercise ( tak ikhlas! )


Ni Tok Mek and Tok Ayah. Dan-dan je aku nak snap, terus dorang tengok kelain. Haishhh!


Tempat mula-mula aku masuk ni la, kolam ikan. Dalam banyak-banyak gambar ni jugak yang aku nak masuk kan. Nama ikan ni ikan naga. Sangat besar, telan orang agaknya.


Sebelah dengan aquarium tu, kandang rabbit! Comel sangat. Tadi masa aku pergi dorang tengah breakfast agaknya, ada carrot dengan kubis. Selera kau!




Gambar ni dekat sangkar ular. And sebenarnya banyak lagi gambar lain, tapi aku malas nak tunggu gambar ni di upload kan. hehe. Kalau tunjuk semua tak syiook la kan. Better korang pergi sendiri. Lagipun dalam album aku ni penuh dengan gambar Incik Bapak je. Menyampah betul ! hoho.


Last but not least, setakat hari ni aku pergi memang best, kalau agak-agak bosan pergi jogging dekat tempat rekreasi boleh la jogging dekat sini sebab jalan-jalan kat dalam ni agak curam dan boleh menyebabkan korang cepat berpeluh. Jadi agak-agak kalau nak turun sekilo dua tu memang boleh sangat la kot. haha. Cuba la try tengok macam mana kan ?


Till then !

p/s : Nak pergi nanti jangan lupa hello-hello ekk !?



Saturday 15 September 2012

Penat Fizikal , Penat Emosi

Assalamualaikum..
#mood : seperti diatas.

Hai, hai, dan hai.. Selamat malam semua followers. Nampaknya iklan google dah mula menampakkan diri dekat bawah entry aku neh. Agak gembira la ( tanpa motif ) , sebab google ni sangat cerewet dalam memilih client dorang , bak kata lecturer kelas IT aku.

Macam tajuk dekat atas tu ( selalu kena refer tajuk kan ? ) , memang aku penat gila, rasa macam tak cukup tidur pun ada. Tapi sebenarnya cukup je tidur, mungkin tak cukup makan kot, sebab aku tak sentuh nasik sebiji pun lagi hari ni ( macam tak caye je kan ). Percayalah, memang aku tak sentuh nasik pun hari ni !!

Pepagi buta aku dah bertolak ke Kuantan , ke rumah ( kira macam balik kampung jugak la ) Tok Sedara aku, aku panggil Tok Su Bedah. Meriah kemain U. Anak-anak dia memang la ramai kan, cucu-cucu pulak bila masa jadik ramai pun aku tak tahu, mungkin sebab aku jarang balik ke sana kot. Cik Siti yang rapat dengan aku tu, tup-tup dah ada 3 orang anak ! Terkejut Mak Jemah! Rasa baru semalam kot beranak sulung. Hahaha. Lama betul aku tak ke sana ekk.. ? Kak Wati pulak baru sorang anak, manja U, geram pulak aku rasa. Hikhik.

Yang paling best kalau balik Kuantan ni, pergi mandi air terjun Sungai Pandan la. Syiokkkkk habis!! Lama tak menikmati flora dan fauna, rasa macam pengembara je kan. haha!



 Yang duk terjelir lidah tu la bapak aku. Bertuah benor kan ?



 Seram aku tengok budak ni terjun. Selamber dek je. Tu la adik aku yang tak makan saman. Dia makan nasik aje.. hoho!



Berapa bulan Bang ??


Doakan anak aku kiut macam budak tecik ni ekk.. Ni la sepupu aku yang paling kecik kot ( sebelah mak yang menetap kat Terengganu ni ), kat seluruh negara ramai lagi , maklum la keluarga besauuu... Ada macam muka aku tak ?



Ini mak aku, tiut tak ? Aik, Kenapa terkecik mata tu mak oi, silau ka ? Sorry Mummy ! hehe.


  Mak Ngah dengan budak tecik tadi tu, oh ! Nama budak tecik tu Erin ye... 


Ni Tok Mek. Sibuk nak lari ke mana entah, malu agaknya jadi model murahan aku ni. huhuhu..

Okeh, habis sampai situ cerita aku pergi balik kampung aku. Then, dah sampai rumah balik dekat pukul 6 macam tu, malam pulak ada dating dengan Cik Abang. Haishhh, dating tak serupa dating la agaknya. Tetiba mari angin puting beliung. Tak tahu dari sebelah siapa. Hajatnya nak ajar aku kereta, walaupun dia mengajar aku jugak, tapi aku seriusly tak tahu yang mamat ni terasa hati dengan aku. 

Waaaaa ! Maaf ye Abang, kita memang tak tahu pun awak kecik hati dengan kita. sob.sob.sob.

Itulah kepenatan aku hari ni, penat fizikal , emosi, jiwa pun ada jugak kot. Sekian.

Till then!

p/s : tido dulu ! nak mimpi best je, tak mau mimpi buruk !!


Thursday 13 September 2012

Dia Cerita Kawin

Assalmualaikum, selamat malam..
#mood : penat tapi gumbira.

Berdasarkan mood kat atas tu agaknya korang boleh agak tak apa yang aku rasa sekarang ni ? Memang la tak kan, unless uols ni ahli nujum ke, astronomi ke.. haha, apa kena mengena ahli kaji cuaca dalam ini cerita ? ngehngeh,,

Aku menulis pada malam yang agak gelita, di temani dengan lampu kalimantang dalam bilik aku, keseorangan dan kesejukan ( sebab kat luar hujan ) , dan kepenatan. Yup! penat sebab baru sampai rumah terchenta dari Kuala Terengganu but then i'm happy sebab my boyfie yang sudi ambik i dekat sinun. Kenapa pulak happy terlebih ni, macam tak biasa mamat tu ambik kau kat sana kan... Aishhh.. ada la cerita dia , di sebalik tajuk kat atas nun.

Agaknya hari ni la hari yang aku agak happy dalam banyak-banyak hari aku outing dengan dia ( cop! tipu) mungkin sebab dah lama  tak jumpa ? ( tipu lagi ) , atau mungkin sebab masing busy lately ? ( yang ni betul kot ), yang penting adat la pasangan couple-couple ni kan, orang kata saling merindu, berpisah lima saat pun rasa macam bersaat-saat. huihui..

And the main point is, walaupun tak confirm lagi, insya'Allah ( dengan keizinan Allah ) , maka akan terikat la hubungan aku dengan mamat sorang ni setelah bertahun-tahun bercintun. Lama gila tu, kalau orang dah nikah mahu 3-4 orang anak itik. Ops! Anak orang. hehe.. Saja melawak malam bebuta ni. Yelah, dah nama pun happy sakan kan.. Terikat macam mana? Wallahualam. Ikut adat la agaknya, orang merisik kita pun nak merisik, orang bertunang kita pun ikutla bertunang, dan seterusnya. By the way, aku memang patut dirisik kot, sebab aku tak pernah lagi jumpa dengan orang tua dia sepanjang bertahun-tahun aku couple. Teruk kan bakal menantu sorang ni.

Masalahnya bukan aku menyombong, Oh! Tidak sama sekali. It just, my mom belum kasi la. At that time, aku baru tingkatan tiga, Alah, kalau orang tua tengok pun tak masak lagi. Hingus tak pandai nak lap sendiri lagi... hahaha ( okey, itu tipu ). Mak aku pun pikir masa depan anak dara dia kan. Cuma mak aku bagi aku kawan dengan dia, tapi dengan syarat, dia kena datang rumah jumpa dengan mak aku dulu. Aku fikir, lelaki dengan perempuan berbeza la cara dia kot.

Sejarah mamat sorang ni dengan mak aku bukannya manis sangat, pahit pun tak kot. Short form ? Mak aku tak berapa berkenan dengan dia ni. Budak baru habis belajar, apalah sangat. Mak aku lupa agaknya anak dia pun belum habis belajar jugak masa tu. huihui.. Anyway, mom! You are the best. Kerana approach mak aku tu la, aku dengan dia kekal sampai sekarang walaupun banyak halangan dan dugaan.

Kalau nak cerita sangat panjang kisah aku dengan mamat ni, so, aku pendekkan sampai kat situ je sebab macam dah lari dari topik. Yang aku nak share dengan korang tu je. Doakan aku cepat-cepat disatukan dengan mamat ni. Sebab aku dah bosan ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Lah, aku kan dah 20tahun, berbeza dengan mula-mula aku kenal dia, sekarang aku dah matang la kot. Dah pikir dosa dan pahala.

And my mom, dia tengah tunggu orang datang pinang anak dara dia la ni. Aku ? tengah tunggu dia cakap nak hantar rombongan meminang. Wait and see aje lah!

Till then...

p/s : Please doakan yang terbaik untuk kami.. =)

mamat ni tak hensem pun kan? =)

Tuesday 11 September 2012

Dia Update Lagi

Assalamualaikum !
#mood : hott !

Hai hai hai. Tiba lagi masa untuk gua update lagi. Nampaknya minggu ni macam ter- rajin pulak nak update belog neh. Yelah, orang lain berpos-pos dah, tapi aku tetap dekat takuk lama. Rasa macam segan pulak. Orang datang visit belog macam tak ada apa-apa kan. Patutla macam tak ada orang pun nak follow belog aku ni kan. Hmm, enough with the mukaddimah. 

Everytime aku update mesti cakap pasal diri aku, pasal surrounding aku. Aku perasan, korang tak perasan ke ? Memang la tak kan, visit pun berapa jemput je. Menyampah betul. Okeh, aku ada la jugak usha belog-belog orang, tengok cara macam mana diorang update belog, yelah, nama pun newcomer kan, tak kan nak move ikut sedap rasa je, slow orang mengutuk kat belakang, dapat dosa je. 

Mungkin, mana tahu kan kalau-kalau isi padu belog aku ni tak menepati citarasa korang. Salah satu belog yang aku selalu follow adalah belog My Lil Sis. Aku rasa ada je kot link dia kat area belog page aku ni. Belog dia dari se simple-simple alam, jadi se best-best laman kot, jeles pulak aku rasa. Ni dia update lagi. Try la baca , amacam best tak. Even dia just story telling pasal diri dia sendiri but I found it interesting by the way she express the feeling. 


Then, macam mana aku nak improve aku punya share lak ? Aku rasa macam dah banyak aku try out. Dari cerita pasal entah ape-ape, jadi cerita pasal family, Lepas tu jadi cerita pasal diri aku sendiri lak, dan banyak lagi. Aku memang seriously belum habis belajar lagi, orang kata belum siap lagi nak jadi pro dalam blogger ni. Tiru style sana sikit, sini sikit boleh la. Setakat nak hidup boleh sangat la kan. At least , ada la jugak bahan orang nak baca. 

Any comment ? 

p/s : Sila Ajar Saya.. winkwink!

Monday 10 September 2012

Bila Dah Lama Tak Update.

Asslamualaikum...
#mood : tengah ada mood nak hupdate blog... -,-

Good Evening to all my followers yang semakin hari semakin tak hot la uols,..
kenape tak semakin menaik ke, menurun harapnya jangan la... takpe, yang penting mana-mana yang sedia ada tu stay dengan gua.. okeh?

Sebenarnye bukan tak nak hupdate, tapi busy giler la sem ni, rasa macma tak menyemapt-nyempat je. Tup-tup dah puasa, masuk bulan syawal pun macam dah nak habis kan.. Assignment macam bukit, macam makin banyak je dari hari ke hari. Haishhh, sabar. Tinggal satu sem lagi, lepas tu rehat kejap then sambung degree pulak. Degree? Masih belum decide nak masuk bahagian mana. Macam nak ambik selling je kan, marketing pun boleh.. hmmm ?? =)

Then, proceed lagi dengan entry menyapu habuk dan melawat laman blog yang berdebu. Banyak sangat cerita-cerita yang nak di cerita dekat sini, tapi better one by one kan. Let the time play first. Entah pape je speaking. Konon MUET dapat Band 4, alih-alih dapat band 3 je. Pape pun Alhamdulillah. hehe. 

Macam dah lama betul kan tak hupdate. Ada tak sampai 2 bulan. Umm, dalam tempoh tersebut la banyak sangat-sangat peristiwa sedih yang berlaku. Tak nak la highlight kan kt sini. So lain tahun kita cakap, biar orang-orang yang berkenaan lupa dulu dengan key story tu. Tak nampak sangat macam tak ada modal nak cerita ceritu kan ? hoho.

Macam bosan je entry ni kan. Agak la, tengah on the way nak study organisational behaviour, esok ada test, lepas tu kena prepare untuk presentation final project. Dalam plan macam minggu ni boleh balik kampung. Dah lama tak balik wooo ! Rindu dekat mak. By the way, 2 malam yang lepas birthday mak gua. Haishh, sedih siot, tak pe mak, I dah beli hadiah untuk mak kita !

Apa lagi gua nak summarize kan kat sini a ? Umm.. Doakan kejayaan aku untuk sem ni ekk.. Rasa macam tak menyempat je nak kejar good marks, average pun boleh lah asalkan aku tak kondem sem ni. Kalau tak habis la planning aku untuk 2 tahun akan datang.. Ce teka mende ? winkwink!


Till then ! Bye !

p/s : no comment!

Thursday 28 June 2012

Wednesday 23 May 2012

You're Annoying Me !!

sebelum terlupa , kehkeh ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
#mood : nak tido la ni !#


Almukaddimahnya , pernah tak anda terasa macam , " ee , aku lempang jugak budak ni .... " ataupun , "..... menyampah betul la aku dengan mende ni .... nak je ...... " hahahahaha , saya sangat yakin dan pasti anda semua pernah mengalami situasi macam tu kan ? Yelah , nobody is perfect , sikit-sikit mesti nak kena juga ada salah dan silap . Orang kata apa , spice of life ? Entah , saya pun bukannya tahu sangat proverb omputeh ni. Bukan Spice Route tau , itu cerita masak-masak, oke ?


Ceritanya , kadang kita manusia ni kan mudah sangat menyampah , angin satu badan sebab mende-mende yang kecik , tak pikir panjang terus nak memaki aje kerjanya kan ? Ofcourse la akan jadik macam tu , sebab kita manusia biasa . Orang tak pernah memaki tu maknanya dia tak pernah buat silap . Paling tak pun memaki dalam hati "... ee, bodo betul.. " hakhak !


Lepas korang memaki tu pernah tak korang pikir balik ? "Uishhhh , berdosanya aku maki kat seterika tu , padahal aku yang tak tekan suis ." hahaha ! - ini situasi saya memuhasabah diri sket, hehe - kekadang mende-mende macam ni buat kita tergelak sorang-sorang tau. Pernah tak jadi macam ni ? Tak pernah ? Are you sure ?


Manusia ni ada macam-macam jenis tau , macam ayam jugak , tak pun itik ke - nonspecific- Itu contoh aje , nak gambarkan yang kadang-kadang manusia ni lalai. Pernah ada sorang kawan , almost perfect la omputeh cakap, but then when it comes to love , TOTALLY A FAIL . Tau kenapa , sebab tak ada pengalaman , tak pernah buat silap . Tu la maksudnya , belajar dari kesilapan is the best ! Sebab tu kebanyakan motivator , even saya sendiri nak sarankan korang bermuhasabah diri , sebelum tido , selepas lakukan kesilapan, atau apa-apa saja keadaan yang boleh membuatkan timbulnya perasaan yang negatif dalam diri.


Pikirla , kenapa tiba-tiba rasa annoyed sangat, mesti ada sebab , even Allah SWT ciptakan manusia pun ada sebab, kan ? Am I right. Kalau tiba-tiba tengah syok-syok bawak motor tiba-tiba terlanggar anak batu , motor terseret, tak sempat brek korang dah bersepah tengah jalan , pikirla yang positif, ".... oh, aku lupa nak mintak maaf dengan mak pagi td, semalam ada silap cakap ..." ni dak, sibuk nak memaki anak batu tu buat apa. Mende tu bukan buat apa-apa pun. kahkahkah !


Apa-apa pun berbaliklah ke pangkal jalan. Dari DIA kita datang kepadaNYA jugaklah kita akan kembali. Peace !


Till Then !


p/s : ada macam motivator tak ? winkwink !

Tuesday 15 May 2012

Edisi Bayar Hutang Lapok

Assalamualaikum !
Salam 1Malaysia!

mood : mengantuk !

Oh yes ! Saya nak membayar hutang entry yang tergendala , well , saya tau sangat bukan ada orang peduli sangat pun kalau saya tak mengentry kn ? 
For those yang support , Thank You so much !
puahahahahah !

Next , saya agak sangat sibuk , nak online pesbuk pun tak menyempat , start aje cuti semester dah kalut masuk kerja , Encik Cikgu yang tersayang agak nampak macam concern gila bila kita cuti ye , sampai tak menyempat nak rehat, balik aje dah copp aku kerja dengan dia . Thanks Encik Teacher, I appreciate your concern ! hehe .

01 April 2012

Saya mula bekerja sebagai jurujual, jurukemas, jurugosok, jurubasuh dan segala juru yang ada dalam dunia berniaga ni sementara ada orang yang akan datang membantu saya
Oh ! Baru I tahu Encik Cikgu punya muslihat !
Macam nak patah tulang empat berkerat saya ni Encik Cikgu oi , lelah !
Tepat-tepat dua minggu.......

14 April 2012

Akhirnya datang juga pembantu saya untuk bekerja dalam kedai ni.
Tolak campur tambah kerja yang saya kena buat.
Ermm...
Kenapa macam tak ada beza ekk ?
Puratanya macam 80/20 !
Siasat, mengumpat, mengadu dekat toke,
rupanya budak tu OKU Pendengaran
Sakit Pulak Hatiku Ini....
Tapi nak buat macam mana , at least ringan la sikitt beban kerja saya ni ,
ye dak ?

Sebelum terlupa , 
pada bulan yang indah ni jugak
*indah sebab kebetulan bulan lahir saya*
winkwinkwink
Tok (nenek) saya dijemput Ilahi.
-malas nak citer panjang-panjang sebab gesa nak tido-
yang penting !
Tok sangat baik seumur hidup dia, pernah menjadi ustazah, cikgu mengaji, dan tak pernah lupa kepada saya cucu dia yang ke-3.
Even bila saya datang rumah dia , sikit pun memang dia akan hulur duit,
walaupun bila dah besar panjang ni pun , 
agak terkilan jugak sebab sepanjang saya cuti sebulan, saya cuma sempat berjumpa dia sekali , itupun sehari sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir jam 4.45 pagi 
*anggaran sebab kami sampai umah tok dekat pukul 6 dah masa tu

27 April 2012

Dah habis cerita sedih !
Sekarang start dengan cerita happy balik.
That day is my birtday !
So sweet and joyful walaupun saya tak ramai friends even on pesbuk,
saya tetap dapat special wish dari semua rakan-rakan saya, BFF ofcourse, Encik Abang apatah lagi.
But then,
Tau-tau aje lah Encik Abang tu macam mana pesennya.
memang tak la nak kecoh satu dunia yang Cik Adiknya ni sedang celebrate birthday yang ke-20.
Haishhhh !
Dah 5 tahun kan bersama, bawak-bawak paham la Cik Adiknya oiii !

To all my friends either on Fb, Bff , schoolmate and collegemate, thanks sebab anda semua ingat birthday saya. Walaupun saya sendiri tak ingat birthday saya sendiri.
Hehehehe!

Sebelum Terlupa !
Saya belum habis redeem hadiah dari kamu-kamu !

NOW

Still working.
Kalau nak cakap penat tu memang la kan.
Sekarang ni dalam posisi bertahan je , dah tak larat.
Kalau ikutkan memang tak sabar nak berhenti.
Nak rehat, kang nak masuk kolej balik dah.
New semester is approaching !

Okey !
Hutang dah habis bayar kot .
hehe !

Till then !

p/s : tulis entry asal siap je, malas nak mikir ayat bunga-bunga. winkwinkwink!

posing time kerja!


Thursday 26 April 2012

Hello Twenties!!

Selamat Hari terJadi Cik Lavender !!

Tak tau nak cakap apa, nanti malam hupdate lagi okeh , bye2 ! 

#busy sikit sebenornye #


Friday 16 March 2012

Mood Exam ! Peace !

Assalamualaikum !
mood : excited study !


Heh, walaupun lappie tersayang tiada di depan mata dan hidung , nampaknya Cik Lavender still able to update Pak Cik Belog. Satu pencapaian yang agak bagus setelah memujuk dan merayu roomies untuk menggunakan lappie beliau. Untunglah orang pergi breakfast dengan lecturer. I ada ? Ada , tapi bukan dengan lecturer bertauliah, lecturer-to-be , heh heh !


Okay, Hari ni tak mau mukaddimah yang panjang panjang cuma saya nak mintak you ols doakan kejayaan saya untuk final exam neh. Dah start dah pun. First paper adalah paper Law299. Nak bengong dah kepala otak neh duk menghafal seksyen seksyen dan case case . Almaklumlah, untung untung grad nanti buleh sambung amek Law pulekk ! 


Then , lepas dah habis Law neh akan di folloe oleh paper Fin262/242 - aku tak ingat la kod die - Tapi betul, kalau buleh la d hold kan paper ni memang mende tu la yang first first sekali I buat. Tak suka la calculation apa ni . Memang kena bersiap sedia mental dan fizikal betul nak hadapi paper ni. Adui, ni pun tengah berperang dengan mental la ni.


Apa lagi ek ? Lepas paper Fin yang i menyampah banget tu , di follow pulek dengan paper Mgt. Hak ni boleh tahan jugak payah , tapi nama pun boleh tahan kan ? Still boleh diselamatkan lagi. Carry mark ? Entahla , tadi nak pergi tengok , tapi lupa pulak hari ni cuti. Pelik ek kenapa U ni ada paper masa time cuti hujung minggu ni. Ni satu persoalan yang saya masih  tak dapat jawab sejak Part One lagik. Berbalik kepada paper Mgt ni, paper ni setakat ni saya boleh score lagi - la kot - Agak agak tak boleh jawab pandai pandai la kita goreng nanti. Saya ni memang dah otai bab bab goreng goreng ni. Cakap aje nak pesen style yang macam mana. hi hi.


Last but not least, sebelum berakhirnya episod saya di sini sepanjang satu semester, paper last sekali , Mkt. Paper ni kalau korang lulus memang agak agak boleh keje dekat kedutaan Malaysia. Untung untung dapat jadi PR kepada PM. Kelas kau Jahh ! he he . Ni la nama dia paper Public Relation. Paper ni pun senang nak score - bagi aku la - Tambah pulak lecturer yang ajar neh baik dan muda belia. Tak banyak pengalaman lagi ni. he he . Apa lagi , aci goreng la kalau dah duk kat dalam dewan exam tersengih tak tahu nak jawab apa. 


Okey , ini ada satu problem - sila abaikan kekasaran bahasa dalam segmen ini - Harap maklum !


Memang siput punya line tenet ! Aku tulis bukan main panjang lagi entry neh tadi , kau tak save pun ! Haihh !
Terpaksa la aku tulih balik ! 

Dah , aku tak larat nak fikir balik apa aku tulih tadi. Nanti la aku sambung balik mana mana yang aku tak ingat. Bengang betul aku dengan line tenet Kolej Kerawang neh . 

Study lagi bagus !


Till then !


p/s : rupa rupanya kawan aku yang dekat bawan ni pakai line aku, kuangjow betol ! haha !









Tuesday 13 March 2012

Apa Kena Dengan Aku Ni ?

Assalamualaikum
#mood:sleeping but trying to sleep =.=#


Tengok mood kat atas tu pun dah tahu kenapa. Sleeping but trying to sleep means that i am sleeping but i woke up then i can't sleep anymore. Tepat jam 0100 i update lagi Belog ni hanya kerana tak boleh tido, it is not that i am not trying to close my gorjes eyes, but i can't. There is something deep inside my heart saying that it is better for me not to close my eyes, i am scared of darkness !


Emm , malam malam , hujan hujan , gelap gelap , apa yang seorang gadis seperti i boleh fikir bila terpaksa tidur sorang sorang . And bila dah datang feeling yang macam macam nd pelik pelik , tidur bilik terang benderang pun rasa macam gelap ! Haihhh !


I tak tahu sejak bila terkena dengan penyakit or tabiat or pebende yang sama waktu dengannnya ni. Perubahan tabiat macam ni sebenarnya menyukarkan i nak adapt dengan keadaan sekeliling sebenarnya nd lately i rasa mende ni semakin parah.


FYI , time tengah naip untuk entry ni pun aku rasa tak sedap hati . Tu kat luar bilik dah bunyi macam macam . Haishhh ! Katak katak ni nak mainkan aku agaknya, memanggil hujan dengan suara yang very chilly !


I bukan penakut sangat - mungkin - tapi imaginasi ni tinggi gila - memang gila gila kalau masuk bab bab alam ghaib neh -


Parah sangat. Macam mana aku nak hadapi future aku ?


Cool!
Say you can ! You know you can ! Remember, Allah is always there for you.


Gud Nite All Bloggers !
Till then !


p/s: sleeping with my mum _._

Hanya Kau Yang Mampu

Assalamualaikum !
Mood : Sedih ;'(


Dah agak lama jugak saya tak update entry, tp status Facebuku tetap rapid dari semasa ke semasa, even tak tidur malam pun distatuskan di fb. Well , macam tu la ragam remaja dan pengguna facebuku sekarang neh, masing-masing cuba untuk menaikkan nama dan status mereka dan tak terkecuali saya jugak. 


Agak nak buat macam mana, hanya tu je yang mampu saya buat setakat stay kat rumah renung peti ais, peti tv , peti kipas , peti karaoke , dan semua peti sampai peti tu pun rasanya dah tak sanggup nak direnungi. Heh ! At last, tiba jugak hari, waktu dan masa untuk saya kembali , pulang, balik dan sama waktu dengannya ke kampus terchenta. Sangat malas sebenarnya, ditambah dengan Exam yang akan bermula Sabtu ini, dan dengan perasaan berat hati terpaksa meninggalkan Lappie tersayang kepada 'Orang Tersayang'.


Apa la nasib !


Memang awal-awal lagi dah fikir masak-masak. Setakat duk kat rumah ni, hadap Lappie je keje, duk kat kolej nanti apatah lagi, buku di depan facebuku, nampaknya memang facebuku la yang akan face the buku ! hehe >


Kehidupan selepas exam ? Semester break ada dua bulan , so ?


Malas nak fikir lagi sebab malas nak fikir pasal..>

  • Makan berapa kilo
  • Tidur berapa jam
  • Lepak berapa hari
  • Berapa kali rotate perkara di atas
  • Hasil selepas beberapa kali rotate perkara diatas di akhir percutian !
Till then !
Wish me a very Good Luck in my Final Examination Semester 4.
Thank you !

p/s : Love You Ols ! >.<!

Cik Abg oi, pandang depan !

Monday 27 February 2012

Masa itu Emas

Assalamualaikum WBT
Selamat pagi + Tengahari.. winkwink !

cik LAvender sekarang berada di dalam makmal bahasa Uitm Kuala Terengganu
dan internet adalah sangat lambat..

Sekian!

Till Then !

HOHO !

p/s : sengaja nak mengabis kn masa yang terluang kat dalam makamal.. haha! ^_^(v)

 
credit to : Google

Friday 24 February 2012

Cerita Seni

Assalamualaikum WBT , dan selamat berhari minggu.
#MOOD : Mixed Feeling#

Selamat pagi semua, pagi ke ? Tengok mood kat atas tu macam tak tau apa je kan ? Happy ke , sad ke , excited ke , bored ke , umm , by the way , I memang tengah boring pun. Semua roomate ada activity hari ni , sorang ada Test ( apa pun tak tahu ), sorang lagi ada aktiviti fakulti, and both are Science Student! Urghh !

Hai, hoi , hei ! Saya memang tak tahu apa nak buat neh , ada jugak orang study tengahari nanti ( Cehh , macam rajin je ) . Tapi seriously , kalau kita berada dalam keadaan boring yang melampau , we tend to do something we never used to do, and for me , study is one of it ! Unless , the book require me to understand most on. Yes ! I don't like calculation , and if I just can avoid doing that, ahhhhh ! Heaven ! hek hek !

Okey , semalam pun agaknya I boring jugak kot , sampaikan saya ada terbuat sesuatu yang mengundang kening roomies saya bercantum dari kiri ke kanan. Memang mende tu saya tak pernah buat pun , tak pernah terfikir pun nak buat , dan bagi saya , that thing is practically need courage and patients. Yeah ! I got that both thing when I did this !
.
.
.
.
------------------------->
Nama yang dibulatkan itu tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia. winkwink !

See ! Ingat senang ke nak buat mende ni. Bagi sesiapa yang dah pernah buat memang la senang, tapi macam saya cakap tadi la , saya mana la pernah buat mende ni , jadi saya rasa sangat seronak kerana saya telah siapkan mende ni , diluar ability saya yang dah hidup 20tahun (tipu), ketika jam menunjukkan pukul 2 pagi. It's such an achievement, i think ! winkwink !

And you know what, there is another thing that merely need your courage but not creativity, maybe discipline, that is , Ketupat. Time hari raya biasakan kalau dekat kampung atok-atok, nenek-nenek selalu buat. Tapi kalau dekat bandar macam ni jarang sangat la nak pasang unggun api , nak mencari daun kelapa, memang tak la kan? So , parents kita selalu beli yang dah siap je , including mak saya jugak. Apa guna turunkan ilmu tu dekat anak dia yang cun ni kalau time raya beli jugak. Haishhhh !

That is muridmuridku, sekian saja kita belajar pasal seni hari ini. 
Memang ntah pape la entry ni , hadoiii !

Till then !

p/s: sila belajar buat ketupat kalau nak kawen dengan orang kampung (??) macam " Hazuan" ! winkwink !

Monday 20 February 2012

He was Gorgoeus ( Betul ke Eja tu ? )

Assalamulaikum . Selamat Petang!

Dah lama saya tak merepek kan ? Dah lama ke ? Bukan baru hari tu report perkembangan terbaru Cik Lavender? Huahuahua. Okey , saya memang tak pandai melawak , atau buat lawak atau apa-apa sahaja, kalau dilawakkan memang selalu sangat, dan orang yang durjana itu tidak lain tidak bukan adalah sahabatsahabat saya yang ramai.

But of course , kenapa follower saya tak ramai? Ops ! Sorry ! Bak kata Faiz Tapit ,maksudnya, nak follower kena la sabaq banyak-banyak , dah nama pun budak-budak baru belajar kan , Slow-slow meyh !

Tapi kenapa apa yang saya merepek ni macam tak kena dengan tajuk ? Nak kena macam mana , dah mukaddimah saja dah panjang sedepa, orang nak baca pun bosan , memang sesuai sangat la kalau tak ada orang nak follow, kesian awak ek , Cik Lavender.

Pembetulan , ini Belog tak kisah pun orang nak follow ke tak , memang tau la orang tak kan nak follow Belog cikai ni. Buat menyemak dekat follower list aje kan . Cik Lavender pun tak kisah sebab ini Belog hidup Cik Lavender , pasal hidup seharian, her territory , and up to her for what ever she does, dot !

Ish , bengkeng pulok ! Chill la oke ! Kita nak happy-happy tak mahu la marah-marah. Marah ke ? hehehehehehe..

Back to the topic, Sebenornye tak ada apa pun nak repot , cuma nak inform yang Belog ini dalam proses perubahan , sebarang ke tidakpuasan hati tentang Belog ini boleh suarakan di ChatBox, tak kira la pasal apa pun, masalah atau apa sahaja, saya sudi melayan.

Jika feedback baik , saya hargai, jika reponse tak okay, saya improve. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari saya sendiri. ( Cehhhh ! )

Saya suka dan gembira kalau Belog saya cun, cantik, dan sebagainya.

Till then ! 
He was Gorgoeus !

p/s : Macam merepek lagi je entry ni kan ? @..@

Sunday 19 February 2012

Test MUET : Episode 1

Assalamualaikum wbt , and a very Good Evening to all my fellow followers and friends , 

Today I had a very special day , episode one of my MUET Examination , Speaking Test ! hoho ..

Pandainye Cik Lavender berskipping !

Sangatsangat nervous , tapi Alhamdulillah , dapat jugak eden menjawabnyo , nasib ajo soalannya senang yang amat , tengok aje soalan tersebut , terus teringat karangan zaman sekolah menengah . Haishh , rindu pulak zaman sekolah ni , kan . Memang tak sah la kalau teringat zaman sekolah kalau tak teringat kenangankenangan manis kau dan aku tu ek . 

Soalan yang diberi , urm , nak bagitahu ke tak eh ? Tapi bagitahu la jugak untuk rujukan adikadik yang mana follow belog akak neh ...

Young teenagers nowadays face with a lot of stress . Explain briefly the causes of the teenagers stress. ( Lebih kurang lagu tu la ayatnyo !)
  • Poor time management
  • Financial Constraints
  • Parents expectation
  • Relationship with friends
Hah , ekau elaborate la sendiri .. 

Till then , bye !

p/s : Sentiasa amalkan baca Al-Fatihah dan Surah Al-Insyirah bila nervous , jiwa tak tenang atau stress..

Friday 17 February 2012

Pagi Sabtu yang Bengang !

Assalamualaikum ! 
#MOOD : BENGANG !#

haishhh .. sabar aje la Cik Lavender oi . . 

Ceritanya , kamu semua bengang tak kalau awak buat something , just to please yourself , but suddenly somebody appear as Anon interfere in your business ! 

Kita tak kacau apa dia buat pun , tengok la ni .. 

Nampak tak perkataan " Dekan ke ! " and then Anon yang Bongok neh cross ayat " Sedang Belajo "

Meh saya nak menjawab persoalan Anon yang Bongok neh , Kena tunggu dekan dulu ke baru nak study ? Adoi , kalau macam tu sampai kiamat pon tak dapat Dekan neh , agaknya la , Anon yang Bongok neh mesti ada masalah hati , dengki dekat orang-orang yang pandai dan rajin. Haishhh !

Itu yang pagi semalam..
Ini yang terbaru ...

Nampak tak Perkataan " buang ar , Menyampah !! " 

Haishh , apa hal Anon yang Bongok ni ? Tak ada keje ke apa , dah la tak malu , conteng-conteng pintu bilik orang, men-tidakcantik-kan memo orang. Memang nak kena la Anon neh . Tak ada sivik langsung. Macam la kita ni kacau hidup dia , . Saya agak la , orang neh someway mesti terasa hati ke , terkena dekat batang hidung sendiri ke , apa ke , tak ada orang lain ni , .. dengki ni di mana-mana sahaja ada , jadi pandai-pandaila take care sendiri ! huh !

Ucapan untuk Anon yang Bongok :
  • Saya lagi menyampah la dengan awak , tak malu ke ?
  • Stop la conteng memo orang , kalau dengki buat la jugak !
  • Mesti awak ni kaki ampu kan ? Kenapa , tulang awak rapuh ke nak kena ampu ? 
  • Bongok punya Anon !
Ciao ! 


p/s : Mak kata jangan dengki dengan orang , nanti orang benci . ^_^(v)

Tuesday 31 January 2012

Akulahh Pelakon !

Assalamualaikum.. 
Waalaikumsalam.. hahaha

Wahh , gembira betul Cik Lavender hari ni ye, amboi, kalau boleh bukan setakat sekelas saya nak bagitahu, satu UITM di hatiku ni pun boleh.. Well, saya sangat bangga menjadi warga UITM, ada siapa-siapa kesah ? Tak lama pun kan CikLavender menyepi , cuma tolaktambah seminggu je kan ? Dah ada yang rindu ke? Siapa lah saya ni kan , Rindu dan Cintalah kepada yang Maha Esa sebelum merindui saya, tanpa Dia , siapa la saya. Chewahhh ! Serius Beb !

Okey , cukup mukaddimah yang tulus dan bererti dari saya, tajuk saya hari ni , saya jadi pelakon ? Aik ? Suspen je tajuk er ekk ? Pelakon murahan bole la kott, dan memang murahan pun , BUKAN JUAL DIRI OKE ! hoho ! Tapi jangan mainmain, murahan pun boleh tahan banyak tawaran .. haha .. Aku da setat merapek.. Mende laa.....

Penat la taip , tengok belog Cik Anim je la ekk ? HAHA !

p/s : sejak bila aku rajin ! muahaha ! Ehh, kenapa tibatiba aku rasa macam feveret blogger aku visit aku punya belog ! Kenapa tibatiba macam malu ha ? (@.@)

Wednesday 25 January 2012

Akhirnya Siap Jugakk !

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia !

Rasanya masih belum terlambat untuk CikLavender mengucapkan selamat pagi. Awal betul saya bangun kan , mesti la awal , bangun awal solat subuh, dah solat subuh study sikit. Lagipun kan orang kata bangun awal neh rezeki cepat masyuk ! Memang terbukti la woi ! haha .. Pagipagi lagi roomate dah bayar hutang , masuk limapuluhhengget dalam poket. kehkeh.

Okeh, Macam mana entry tajuk serupa itu ? Sebabnya, setelah seminggu bergelut dengan test dan kuiz , akhirnya siap jugak skrip Bahasa Arab neh. Kenapa skrip ? Mestila skrip , sebab CikLavender kan nak jadi pelakon , nak menang anugerah pelakon terbaik wanita 2013.. Lambat lagi la woi ! ABPBH2011 tak lepas lagi kott ! kahkah, koya kao !

Lantak la, aku peduli hape, walaupun fed up dan menyampah dengan skrip neh , terpaksa la jugak siapkan, dan akhirnya siap jugak dengan bantuan Encik Google , Kamus Bahasa Arab dan Buku Latihan Arab itu sendiri ,( sebenarnya Encik Google je yang wat kije ) hoho !

Haha, Sangatsangat happie la , Sem depan adik aku pulak yang akan mengadap kamus tersebut , seronaknye ! Padan muka ko !

Okay, dah habis aku merepek , byebyebye !


p/s : Adui, petang neh nak start shooting dah, Penat bulum hilang lagi lol ! =.=

Monday 23 January 2012

Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin !

Salam ! 
Wah wah wah ! Hari ini Cik Lavender sangat gembira la , nak tergolek , nak terlompatlompat , semua ada la !

Apahal Cik Lavender ni , buang tebiat ke apa aa ? Orang lain happy gax ekk ??

Ingat tak entry yang lepas ? Cik Lavender cakap nak bagi resepi Spagetthi Carbonara ? Tak ingat ? Meh nak bagi ingat!

Dah ingat ke ? Okay , kan dalam entry tu saya ada bagitahu nak buat masak ikan patin lak , so sebab tu la saya happy . Masak lemak cili padi ikan patin kott, Perghhhhh ! Rugi tak try , memang best dan berlemak . 

Tak sangka pulak rupanya senang je nak masak ikan patin , yang susah dan payah cuma masa nak siang je , ikan patin ni kan ikan sungai , jadi it's a little bit smell. Mungkin masa nak menghilangkan hanyir tu kot yang mencabar kesabaran , ada setengah orang tak sabar tengok ikan patin ni perap lamalama dalam air limau atau air garam, ada pulak orang yang terbayang macammacam masa nak makan ikan neh , asal usul ikan ni la, apa ikan ni makan , uh ! Nonsense. 

Macam mana la ikan yang sedap ni korang tak teringin nak makan. ! hoho !
Okay , cukup dengan isu ikan patin neh , sekarang Cik Lavender nak bagi resepi Spagetthi Carbonara tu.

BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus spagetthi ( nak buat guna fettucini pun boleh )
1 tin sos carbonara prego ( kalau nak buat sendiri pon boleh cuma guna krim masakan )
sedikit isi ayam atau daging ( nak guna daging kisar atau daging burger pun okey)
bawang putih dan bawang ,merah
Cendawan butang / cendawan shiitake
1/2 cawan susu segar / cream mushroom sup
sedikit daun parsley
garam
lada sulah
parmesan cheese

CARA PENYEDIAAN :
1. Spagetthi di rebus sehingga warna bertukar cloudy, masukkan sedikit minyak atau margerin untuk elak melekat.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan daging/ ayam/ daging kisar tadi.
4. Masukkan sos carbonara dan gaul bersama ayam dan daging tadi.
5. Masukkan mushroom , gaul sebati.
6. Masukkan susu segar/ cream cendawan sedikit demi sedikit
7. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
8. Siap untukl dihidangkan , gaul bersama daun parsley yang telah di cincang halus.
9. Taburkan parmesan cheese secukup rasa.

SIAP !

ihsan Cik Lavender

p/s : Perghhhh, bertambah la berat badan ku !

Saya tak Tahu la .

Assalamualaikom, hoi ! 

Ngehngehngeh.. saje je , nak menjenguk PakCik Belog yang terchenta. Di hari yang indah , dan panas berdering-dering neh , Cik Lavender sangat bosan stay di rumah, iyelah , nak keluar panas sangat . kang sunburn pulak wajahQue neh. hehe. 

Mukaddimah yang tak seberapa kn ? Mukaddimah ke tuh ? Konpius Ceq ! 

Sekarang ni you all tahu tak pasal blogger yang baru tu ? Apa kata saya cadangkan kepada siapasiapa yang tahu pasal blogger yang baru sila ajarkan. Saya memang totally tak paham, dekat mana nak nak post , nak tukar layout , template and semua la. 

Bukan bermaksud nak buka satu lagi Pak Cik Belog , the problemas is, saya ada assignment IT yang nak disiapkan. 

Ceritanya , untuk assignment neh Cik Lavender kena bikin Belog yang jual-jual produk online, And the most easy one is Belog, uhh , Glemarla kau ye Pakcik Belog ! haha

Instead, kami juga akan dapat membantu SME Industry untuk kembangkan perniagaan mereka dalam dan luar negara. Basicnya dah diajar, tinggal nak di aplikasikan saja. But then, kondem sebab Blogger yang baru neh, tak paham betol , tibatiba je , ingatkan sebab google akaun ke mende ke kn ? 

Ke sebab Cik Lavender buta IT ? Tak mungkinla kan , .......
At least saya tau la jugak nak taip mende alah ni walaupun bukan selalu.. heheh !

Cik Lavender Merepek !
credit to google