Jemput Masuk ^_^v





Thursday 13 September 2012

Dia Cerita Kawin

Assalmualaikum, selamat malam..
#mood : penat tapi gumbira.

Berdasarkan mood kat atas tu agaknya korang boleh agak tak apa yang aku rasa sekarang ni ? Memang la tak kan, unless uols ni ahli nujum ke, astronomi ke.. haha, apa kena mengena ahli kaji cuaca dalam ini cerita ? ngehngeh,,

Aku menulis pada malam yang agak gelita, di temani dengan lampu kalimantang dalam bilik aku, keseorangan dan kesejukan ( sebab kat luar hujan ) , dan kepenatan. Yup! penat sebab baru sampai rumah terchenta dari Kuala Terengganu but then i'm happy sebab my boyfie yang sudi ambik i dekat sinun. Kenapa pulak happy terlebih ni, macam tak biasa mamat tu ambik kau kat sana kan... Aishhh.. ada la cerita dia , di sebalik tajuk kat atas nun.

Agaknya hari ni la hari yang aku agak happy dalam banyak-banyak hari aku outing dengan dia ( cop! tipu) mungkin sebab dah lama  tak jumpa ? ( tipu lagi ) , atau mungkin sebab masing busy lately ? ( yang ni betul kot ), yang penting adat la pasangan couple-couple ni kan, orang kata saling merindu, berpisah lima saat pun rasa macam bersaat-saat. huihui..

And the main point is, walaupun tak confirm lagi, insya'Allah ( dengan keizinan Allah ) , maka akan terikat la hubungan aku dengan mamat sorang ni setelah bertahun-tahun bercintun. Lama gila tu, kalau orang dah nikah mahu 3-4 orang anak itik. Ops! Anak orang. hehe.. Saja melawak malam bebuta ni. Yelah, dah nama pun happy sakan kan.. Terikat macam mana? Wallahualam. Ikut adat la agaknya, orang merisik kita pun nak merisik, orang bertunang kita pun ikutla bertunang, dan seterusnya. By the way, aku memang patut dirisik kot, sebab aku tak pernah lagi jumpa dengan orang tua dia sepanjang bertahun-tahun aku couple. Teruk kan bakal menantu sorang ni.

Masalahnya bukan aku menyombong, Oh! Tidak sama sekali. It just, my mom belum kasi la. At that time, aku baru tingkatan tiga, Alah, kalau orang tua tengok pun tak masak lagi. Hingus tak pandai nak lap sendiri lagi... hahaha ( okey, itu tipu ). Mak aku pun pikir masa depan anak dara dia kan. Cuma mak aku bagi aku kawan dengan dia, tapi dengan syarat, dia kena datang rumah jumpa dengan mak aku dulu. Aku fikir, lelaki dengan perempuan berbeza la cara dia kot.

Sejarah mamat sorang ni dengan mak aku bukannya manis sangat, pahit pun tak kot. Short form ? Mak aku tak berapa berkenan dengan dia ni. Budak baru habis belajar, apalah sangat. Mak aku lupa agaknya anak dia pun belum habis belajar jugak masa tu. huihui.. Anyway, mom! You are the best. Kerana approach mak aku tu la, aku dengan dia kekal sampai sekarang walaupun banyak halangan dan dugaan.

Kalau nak cerita sangat panjang kisah aku dengan mamat ni, so, aku pendekkan sampai kat situ je sebab macam dah lari dari topik. Yang aku nak share dengan korang tu je. Doakan aku cepat-cepat disatukan dengan mamat ni. Sebab aku dah bosan ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Lah, aku kan dah 20tahun, berbeza dengan mula-mula aku kenal dia, sekarang aku dah matang la kot. Dah pikir dosa dan pahala.

And my mom, dia tengah tunggu orang datang pinang anak dara dia la ni. Aku ? tengah tunggu dia cakap nak hantar rombongan meminang. Wait and see aje lah!

Till then...

p/s : Please doakan yang terbaik untuk kami.. =)

mamat ni tak hensem pun kan? =)

No comments:

Post a Comment