Jemput Masuk ^_^v





Saturday 25 May 2013

Salam Sekian Lama

Well...
we will start our latest journey with Bismillah and Assalamualaikum..

Setelah sekian lama sangat2 Cik Lavender tak bercerita, entry penuh dengan habuk yang  tak bersapu...
fuhhhhhhhhhhhhhhh!!

dah, bersih sudah blog aku ni kan.. aku berharap dengan penulisan yang semakin matang dan tak menggedik, aku dapat create satu colony followers macam orang lain dan harapan setelah hampir setahun tak mengupdate entry aku nak beri pengisian yang sedikit sebanyak berguna kepada orang2 yang membaca belog aku ni.

and macam tak biasa kan, belog aku ni memang penuh dengan pengharapan. macam2 harapan aku tabur dalam belog aku ni, tapi entah tercapai pun tak ke aku tak tahu. sebab dalam hidup kita ni, tak cakap pasal aku je, kita belajar sesuatu secara tak langsung, and secara pukal sebenarnya.. hebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancangan tuhan.

sekarang aku sedang memulakan hidup baru yang lebih berdikari, harapan semoga doa parents aku sentiasa mengiringi aku setiap masa dan ketika. anak ni sejauh mana pun pergi, sejauh mana pun keluar gi belajar, akhirnya balik ke pangkuan ibu bapak jugak. macam burung..=)

then, dalam memulakan hidup baru ni, macam2 perancangan kan. kita fikir nak buat itu, ini. macam aku yang baru je habis diploma, well, diploma je kan. perancangan aku sebelum nak further ke degree harapannya nak cari kerja dulu, tak kisah part time pun asalkan ada income, lepas tu nak bertunang. mesti ingat entry aku sebelum ni kan.. insyaAllah. kalau diizinkanNya.

lepas bertunang aku akan pastikan aku sibuk dengan karier aku, tak kisah la jual air tepi jalan pun asalkan ada income, nak kumpul duit nak bina keluarga baru pulak. harapan dan perancangan, semoga tuhan berkati aku. doakan aku jugak.

peace !

p/s : padat dan ringkas. welcome home, Lavender!

Sunday 16 September 2012

Penat Squared !!

Assalamualaikum !
#mood : oh! bosannya !

Helloooo, update lagi entry. Maybe entry yang last untuk minggu ni sehingga gua dapat bahan lagi untuk entry akan datang. Anyways, walaupun penat gila but it a lovely holiday with my grandparents, aunties and my family. Wahhh, dah macam pergi mana-mana je kan.

Macam biasa pepagi buta mak aku kejut kan aku bangun tidur. Dekat 5 minit lagi nak bertolak baru nak kejut kan aku kan. Bertuah betul, dah la semalam dekat pukul 4 pagi jugak baru aku terlelap. Orang nightmare masa tidur, aku pulak nightmare sebelum tidur. Tak selesa tukar tempat tidur agaknya kan.

Then, tiba la masa kitorang semua bertolak, lepas breakfast. Destinasi hari ini, kitorang pergi Mini Zoo. Tau dekat mana ? Kalau korang tinggal area Terengganu dengan Kuantan maybe tahu la kot.


Ini tag yang kitorang kena pakai, ada jugak orang yang tak pakai. Aku rasa macam logik jugak. Yelah, memang dah konfem-konfem kita bayar tiket masuk tu kan. hehe .


Ni pulak pintu gerbang mula-mula sekali masa nak masuk. Kat sini la tempat orang jual tiket. Tiket untuk kolam renang pulak dijual dekat dengan kolam renang. Maafkan saya, tiada gambar kolam renang di sini. Peace!



Kenderaan yang kitorang naik untuk masuk ke dalam hutan nun. Rupa dia macam kereta api, takde pintu. Bila dah sampai dalam boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau nak naik kereta kuda. Tapi for sure, kena bayar la. Tak silap aku dalam RM20 cenggitu la. Ke salah ? Rasa macam dah betul.. hehe.. Mahal kan ? Baik jalan kaki, free and boleh excercise ( tak ikhlas! )


Ni Tok Mek and Tok Ayah. Dan-dan je aku nak snap, terus dorang tengok kelain. Haishhh!


Tempat mula-mula aku masuk ni la, kolam ikan. Dalam banyak-banyak gambar ni jugak yang aku nak masuk kan. Nama ikan ni ikan naga. Sangat besar, telan orang agaknya.


Sebelah dengan aquarium tu, kandang rabbit! Comel sangat. Tadi masa aku pergi dorang tengah breakfast agaknya, ada carrot dengan kubis. Selera kau!




Gambar ni dekat sangkar ular. And sebenarnya banyak lagi gambar lain, tapi aku malas nak tunggu gambar ni di upload kan. hehe. Kalau tunjuk semua tak syiook la kan. Better korang pergi sendiri. Lagipun dalam album aku ni penuh dengan gambar Incik Bapak je. Menyampah betul ! hoho.


Last but not least, setakat hari ni aku pergi memang best, kalau agak-agak bosan pergi jogging dekat tempat rekreasi boleh la jogging dekat sini sebab jalan-jalan kat dalam ni agak curam dan boleh menyebabkan korang cepat berpeluh. Jadi agak-agak kalau nak turun sekilo dua tu memang boleh sangat la kot. haha. Cuba la try tengok macam mana kan ?


Till then !

p/s : Nak pergi nanti jangan lupa hello-hello ekk !?



Saturday 15 September 2012

Penat Fizikal , Penat Emosi

Assalamualaikum..
#mood : seperti diatas.

Hai, hai, dan hai.. Selamat malam semua followers. Nampaknya iklan google dah mula menampakkan diri dekat bawah entry aku neh. Agak gembira la ( tanpa motif ) , sebab google ni sangat cerewet dalam memilih client dorang , bak kata lecturer kelas IT aku.

Macam tajuk dekat atas tu ( selalu kena refer tajuk kan ? ) , memang aku penat gila, rasa macam tak cukup tidur pun ada. Tapi sebenarnya cukup je tidur, mungkin tak cukup makan kot, sebab aku tak sentuh nasik sebiji pun lagi hari ni ( macam tak caye je kan ). Percayalah, memang aku tak sentuh nasik pun hari ni !!

Pepagi buta aku dah bertolak ke Kuantan , ke rumah ( kira macam balik kampung jugak la ) Tok Sedara aku, aku panggil Tok Su Bedah. Meriah kemain U. Anak-anak dia memang la ramai kan, cucu-cucu pulak bila masa jadik ramai pun aku tak tahu, mungkin sebab aku jarang balik ke sana kot. Cik Siti yang rapat dengan aku tu, tup-tup dah ada 3 orang anak ! Terkejut Mak Jemah! Rasa baru semalam kot beranak sulung. Hahaha. Lama betul aku tak ke sana ekk.. ? Kak Wati pulak baru sorang anak, manja U, geram pulak aku rasa. Hikhik.

Yang paling best kalau balik Kuantan ni, pergi mandi air terjun Sungai Pandan la. Syiokkkkk habis!! Lama tak menikmati flora dan fauna, rasa macam pengembara je kan. haha!



 Yang duk terjelir lidah tu la bapak aku. Bertuah benor kan ?



 Seram aku tengok budak ni terjun. Selamber dek je. Tu la adik aku yang tak makan saman. Dia makan nasik aje.. hoho!



Berapa bulan Bang ??


Doakan anak aku kiut macam budak tecik ni ekk.. Ni la sepupu aku yang paling kecik kot ( sebelah mak yang menetap kat Terengganu ni ), kat seluruh negara ramai lagi , maklum la keluarga besauuu... Ada macam muka aku tak ?



Ini mak aku, tiut tak ? Aik, Kenapa terkecik mata tu mak oi, silau ka ? Sorry Mummy ! hehe.


  Mak Ngah dengan budak tecik tadi tu, oh ! Nama budak tecik tu Erin ye... 


Ni Tok Mek. Sibuk nak lari ke mana entah, malu agaknya jadi model murahan aku ni. huhuhu..

Okeh, habis sampai situ cerita aku pergi balik kampung aku. Then, dah sampai rumah balik dekat pukul 6 macam tu, malam pulak ada dating dengan Cik Abang. Haishhh, dating tak serupa dating la agaknya. Tetiba mari angin puting beliung. Tak tahu dari sebelah siapa. Hajatnya nak ajar aku kereta, walaupun dia mengajar aku jugak, tapi aku seriusly tak tahu yang mamat ni terasa hati dengan aku. 

Waaaaa ! Maaf ye Abang, kita memang tak tahu pun awak kecik hati dengan kita. sob.sob.sob.

Itulah kepenatan aku hari ni, penat fizikal , emosi, jiwa pun ada jugak kot. Sekian.

Till then!

p/s : tido dulu ! nak mimpi best je, tak mau mimpi buruk !!


Thursday 13 September 2012

Dia Cerita Kawin

Assalmualaikum, selamat malam..
#mood : penat tapi gumbira.

Berdasarkan mood kat atas tu agaknya korang boleh agak tak apa yang aku rasa sekarang ni ? Memang la tak kan, unless uols ni ahli nujum ke, astronomi ke.. haha, apa kena mengena ahli kaji cuaca dalam ini cerita ? ngehngeh,,

Aku menulis pada malam yang agak gelita, di temani dengan lampu kalimantang dalam bilik aku, keseorangan dan kesejukan ( sebab kat luar hujan ) , dan kepenatan. Yup! penat sebab baru sampai rumah terchenta dari Kuala Terengganu but then i'm happy sebab my boyfie yang sudi ambik i dekat sinun. Kenapa pulak happy terlebih ni, macam tak biasa mamat tu ambik kau kat sana kan... Aishhh.. ada la cerita dia , di sebalik tajuk kat atas nun.

Agaknya hari ni la hari yang aku agak happy dalam banyak-banyak hari aku outing dengan dia ( cop! tipu) mungkin sebab dah lama  tak jumpa ? ( tipu lagi ) , atau mungkin sebab masing busy lately ? ( yang ni betul kot ), yang penting adat la pasangan couple-couple ni kan, orang kata saling merindu, berpisah lima saat pun rasa macam bersaat-saat. huihui..

And the main point is, walaupun tak confirm lagi, insya'Allah ( dengan keizinan Allah ) , maka akan terikat la hubungan aku dengan mamat sorang ni setelah bertahun-tahun bercintun. Lama gila tu, kalau orang dah nikah mahu 3-4 orang anak itik. Ops! Anak orang. hehe.. Saja melawak malam bebuta ni. Yelah, dah nama pun happy sakan kan.. Terikat macam mana? Wallahualam. Ikut adat la agaknya, orang merisik kita pun nak merisik, orang bertunang kita pun ikutla bertunang, dan seterusnya. By the way, aku memang patut dirisik kot, sebab aku tak pernah lagi jumpa dengan orang tua dia sepanjang bertahun-tahun aku couple. Teruk kan bakal menantu sorang ni.

Masalahnya bukan aku menyombong, Oh! Tidak sama sekali. It just, my mom belum kasi la. At that time, aku baru tingkatan tiga, Alah, kalau orang tua tengok pun tak masak lagi. Hingus tak pandai nak lap sendiri lagi... hahaha ( okey, itu tipu ). Mak aku pun pikir masa depan anak dara dia kan. Cuma mak aku bagi aku kawan dengan dia, tapi dengan syarat, dia kena datang rumah jumpa dengan mak aku dulu. Aku fikir, lelaki dengan perempuan berbeza la cara dia kot.

Sejarah mamat sorang ni dengan mak aku bukannya manis sangat, pahit pun tak kot. Short form ? Mak aku tak berapa berkenan dengan dia ni. Budak baru habis belajar, apalah sangat. Mak aku lupa agaknya anak dia pun belum habis belajar jugak masa tu. huihui.. Anyway, mom! You are the best. Kerana approach mak aku tu la, aku dengan dia kekal sampai sekarang walaupun banyak halangan dan dugaan.

Kalau nak cerita sangat panjang kisah aku dengan mamat ni, so, aku pendekkan sampai kat situ je sebab macam dah lari dari topik. Yang aku nak share dengan korang tu je. Doakan aku cepat-cepat disatukan dengan mamat ni. Sebab aku dah bosan ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Lah, aku kan dah 20tahun, berbeza dengan mula-mula aku kenal dia, sekarang aku dah matang la kot. Dah pikir dosa dan pahala.

And my mom, dia tengah tunggu orang datang pinang anak dara dia la ni. Aku ? tengah tunggu dia cakap nak hantar rombongan meminang. Wait and see aje lah!

Till then...

p/s : Please doakan yang terbaik untuk kami.. =)

mamat ni tak hensem pun kan? =)

Tuesday 11 September 2012

Dia Update Lagi

Assalamualaikum !
#mood : hott !

Hai hai hai. Tiba lagi masa untuk gua update lagi. Nampaknya minggu ni macam ter- rajin pulak nak update belog neh. Yelah, orang lain berpos-pos dah, tapi aku tetap dekat takuk lama. Rasa macam segan pulak. Orang datang visit belog macam tak ada apa-apa kan. Patutla macam tak ada orang pun nak follow belog aku ni kan. Hmm, enough with the mukaddimah. 

Everytime aku update mesti cakap pasal diri aku, pasal surrounding aku. Aku perasan, korang tak perasan ke ? Memang la tak kan, visit pun berapa jemput je. Menyampah betul. Okeh, aku ada la jugak usha belog-belog orang, tengok cara macam mana diorang update belog, yelah, nama pun newcomer kan, tak kan nak move ikut sedap rasa je, slow orang mengutuk kat belakang, dapat dosa je. 

Mungkin, mana tahu kan kalau-kalau isi padu belog aku ni tak menepati citarasa korang. Salah satu belog yang aku selalu follow adalah belog My Lil Sis. Aku rasa ada je kot link dia kat area belog page aku ni. Belog dia dari se simple-simple alam, jadi se best-best laman kot, jeles pulak aku rasa. Ni dia update lagi. Try la baca , amacam best tak. Even dia just story telling pasal diri dia sendiri but I found it interesting by the way she express the feeling. 


Then, macam mana aku nak improve aku punya share lak ? Aku rasa macam dah banyak aku try out. Dari cerita pasal entah ape-ape, jadi cerita pasal family, Lepas tu jadi cerita pasal diri aku sendiri lak, dan banyak lagi. Aku memang seriously belum habis belajar lagi, orang kata belum siap lagi nak jadi pro dalam blogger ni. Tiru style sana sikit, sini sikit boleh la. Setakat nak hidup boleh sangat la kan. At least , ada la jugak bahan orang nak baca. 

Any comment ? 

p/s : Sila Ajar Saya.. winkwink!

Monday 10 September 2012

Bila Dah Lama Tak Update.

Asslamualaikum...
#mood : tengah ada mood nak hupdate blog... -,-

Good Evening to all my followers yang semakin hari semakin tak hot la uols,..
kenape tak semakin menaik ke, menurun harapnya jangan la... takpe, yang penting mana-mana yang sedia ada tu stay dengan gua.. okeh?

Sebenarnye bukan tak nak hupdate, tapi busy giler la sem ni, rasa macma tak menyemapt-nyempat je. Tup-tup dah puasa, masuk bulan syawal pun macam dah nak habis kan.. Assignment macam bukit, macam makin banyak je dari hari ke hari. Haishhh, sabar. Tinggal satu sem lagi, lepas tu rehat kejap then sambung degree pulak. Degree? Masih belum decide nak masuk bahagian mana. Macam nak ambik selling je kan, marketing pun boleh.. hmmm ?? =)

Then, proceed lagi dengan entry menyapu habuk dan melawat laman blog yang berdebu. Banyak sangat cerita-cerita yang nak di cerita dekat sini, tapi better one by one kan. Let the time play first. Entah pape je speaking. Konon MUET dapat Band 4, alih-alih dapat band 3 je. Pape pun Alhamdulillah. hehe. 

Macam dah lama betul kan tak hupdate. Ada tak sampai 2 bulan. Umm, dalam tempoh tersebut la banyak sangat-sangat peristiwa sedih yang berlaku. Tak nak la highlight kan kt sini. So lain tahun kita cakap, biar orang-orang yang berkenaan lupa dulu dengan key story tu. Tak nampak sangat macam tak ada modal nak cerita ceritu kan ? hoho.

Macam bosan je entry ni kan. Agak la, tengah on the way nak study organisational behaviour, esok ada test, lepas tu kena prepare untuk presentation final project. Dalam plan macam minggu ni boleh balik kampung. Dah lama tak balik wooo ! Rindu dekat mak. By the way, 2 malam yang lepas birthday mak gua. Haishh, sedih siot, tak pe mak, I dah beli hadiah untuk mak kita !

Apa lagi gua nak summarize kan kat sini a ? Umm.. Doakan kejayaan aku untuk sem ni ekk.. Rasa macam tak menyempat je nak kejar good marks, average pun boleh lah asalkan aku tak kondem sem ni. Kalau tak habis la planning aku untuk 2 tahun akan datang.. Ce teka mende ? winkwink!


Till then ! Bye !

p/s : no comment!

Thursday 28 June 2012