Jemput Masuk ^_^v





Sunday 16 September 2012

Penat Squared !!

Assalamualaikum !
#mood : oh! bosannya !

Helloooo, update lagi entry. Maybe entry yang last untuk minggu ni sehingga gua dapat bahan lagi untuk entry akan datang. Anyways, walaupun penat gila but it a lovely holiday with my grandparents, aunties and my family. Wahhh, dah macam pergi mana-mana je kan.

Macam biasa pepagi buta mak aku kejut kan aku bangun tidur. Dekat 5 minit lagi nak bertolak baru nak kejut kan aku kan. Bertuah betul, dah la semalam dekat pukul 4 pagi jugak baru aku terlelap. Orang nightmare masa tidur, aku pulak nightmare sebelum tidur. Tak selesa tukar tempat tidur agaknya kan.

Then, tiba la masa kitorang semua bertolak, lepas breakfast. Destinasi hari ini, kitorang pergi Mini Zoo. Tau dekat mana ? Kalau korang tinggal area Terengganu dengan Kuantan maybe tahu la kot.


Ini tag yang kitorang kena pakai, ada jugak orang yang tak pakai. Aku rasa macam logik jugak. Yelah, memang dah konfem-konfem kita bayar tiket masuk tu kan. hehe .


Ni pulak pintu gerbang mula-mula sekali masa nak masuk. Kat sini la tempat orang jual tiket. Tiket untuk kolam renang pulak dijual dekat dengan kolam renang. Maafkan saya, tiada gambar kolam renang di sini. Peace!



Kenderaan yang kitorang naik untuk masuk ke dalam hutan nun. Rupa dia macam kereta api, takde pintu. Bila dah sampai dalam boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau nak naik kereta kuda. Tapi for sure, kena bayar la. Tak silap aku dalam RM20 cenggitu la. Ke salah ? Rasa macam dah betul.. hehe.. Mahal kan ? Baik jalan kaki, free and boleh excercise ( tak ikhlas! )


Ni Tok Mek and Tok Ayah. Dan-dan je aku nak snap, terus dorang tengok kelain. Haishhh!


Tempat mula-mula aku masuk ni la, kolam ikan. Dalam banyak-banyak gambar ni jugak yang aku nak masuk kan. Nama ikan ni ikan naga. Sangat besar, telan orang agaknya.


Sebelah dengan aquarium tu, kandang rabbit! Comel sangat. Tadi masa aku pergi dorang tengah breakfast agaknya, ada carrot dengan kubis. Selera kau!




Gambar ni dekat sangkar ular. And sebenarnya banyak lagi gambar lain, tapi aku malas nak tunggu gambar ni di upload kan. hehe. Kalau tunjuk semua tak syiook la kan. Better korang pergi sendiri. Lagipun dalam album aku ni penuh dengan gambar Incik Bapak je. Menyampah betul ! hoho.


Last but not least, setakat hari ni aku pergi memang best, kalau agak-agak bosan pergi jogging dekat tempat rekreasi boleh la jogging dekat sini sebab jalan-jalan kat dalam ni agak curam dan boleh menyebabkan korang cepat berpeluh. Jadi agak-agak kalau nak turun sekilo dua tu memang boleh sangat la kot. haha. Cuba la try tengok macam mana kan ?


Till then !

p/s : Nak pergi nanti jangan lupa hello-hello ekk !?



No comments:

Post a Comment