Jemput Masuk ^_^v





Monday 26 December 2011

Wahhh , Cik LaVender Memasak !

Assalamualaikum !

Bangun pagi2, bulum mandi belumape dah online, update Pak CikBelog, teruk kan Cik Lavender neh, haha. Sokay maa, bangun pagi-pagi la fresh, otak baru start nak gerak, nanti dah petang otak dah penat , tak ada idea pulak nak buat entry yang merapu merapek neh kan? hehe ..

Cik Lavender saje je, tetiba excited nak share pengalaman yang satu neh. Alahh, bukan first time pon.. Ape la die ni !

What ever , nak share jugak, semalam A.K.A kelmarin saya buat Spageti Carbonara Berkrim, hehe. Jadi ke tak ? Nanti saya tunjukkan. hehe. Ofcourse la jadi, kalu tidak tak ada la saya nak update belog ni kan. Yang menghappie kan Cik Lavender ni sebab SEDAP ~

Hehe................

Buktinya !

  1. Adik kata, sedap tapi tawar cikit ( baru siap ni ) - Okelaa..
  2. Mr . B kata, sedap la, saya suka . ( senyum sampai ke telinga ) - nanti saya buat lagi oke...
  3. Mummy kata , sedap , mak makan sampai habis . . ( tengokla sape yang masak ) - bajed ~
  4. Esoknya mummy makan lagi , ( masak banyak,jadi ada lebih lagi pagi tu ) - ini sudah bagussss ~
Amacam ? Tak cukup bukti lagi ke ? Dah ? Oke...

Lain entry saya update Resepi Secret itu yep ? Malas nak mikir bahan-bahan cam ne yang boleh jadi sedap tuh.. Haha.. Nampak sangat resepi main campak..

Ehhhhhh, mana ada, kalau resepi main campak tak la jadi spageti, jadila mee campak. Ofcorse la ikut resepi jugak , tapi ofcoz jugak ada modified sikit untuk kesedapan yang terlebih.. hehe..

Adios !


Begini rupa spageti Cik Lavender, nampak biasa je kan ? Ni la spageti humble ^_^(v)


p/s : next time nak masak masakan kampung lak, gulai lemak cili padi ikan patin pon sodaappp jugak ! Peace....

Tuesday 20 December 2011

Nukilan Cik Lavender

Assalamualaikum !

Hari ni Cik Lavender update lagi . Bosan la jugak kan asyik duk mengadap Cik Asingment aje kan ? So , saya pon dengan senyap-senyap membuka Mr. Lappie  dan membuat Cik Entry pulak. Karang kalao tak buat merajuk pulak Pak Cik Belog neh kan. Okeh. Cik Lavender dah start nak merapu. Shuhh-Shuhh !

Macam mana nak teruskan entry neh ye? Saya sebenarnya dah buntu la, otak dah tersumbat dengan macam-macam stuff assignment, fikir nak balik lagi, mentang-mentang la cuti Mid-Sem dah nak datang kan, kena la prepared apa-apa yang patut, nak buat kenduri ke tak, nak pergi celebrate kat mana-mana ke kan ? Haha,  (Amboi banyak fulus ko ye Cik Lavender.)

Jadi untuk memenuhi kehendak Cik Entry neh, jadi saya sediakan sedikit nukilan, entah lah oke ke idok, dah lama tak mengarang stuff-stuff yang macam ni, macam mana la feedback ye,

SEMALAM YANG DINGIN
Hatiku yang kering dibayangi mimpi semalam
Menyusuri lembah kesetiaan
Jiwaku meronta dalam kepayahan

Mengapa yang pahit itu jua yang ku telan
Mengapa yang bisa itu jua aku mamah
Penantian yang memeritkan
Membunuh lamunanku yang kering kontang

Membawa kelesuan menyusuri angin yang hilang
Menggamit rindu yang tiada kesudahan
Mendamba kasih yang berjauhan

Nukilan
Cik Lavender

Okeh, Nukilan yang merapu. Sila komen Entry ini .. Peace !

p/s : Adui, teringat kenangan zaman sekolah pulok !



Saturday 17 December 2011

Hikayat Adik vS Kakak

Assalamualaikum !

Selamat Pagi 1 Malaysia ! Eheheh, hari ini kita bersiaran lagi dalam rancangan Adik vS Kakak. Kenapa adik dengan kakak, kenapa tak buat mak dengan ayah ke , abang dengan kakak ke, boipren dengan gerpren ke , kan ? Kenapa ? Hoh, mai chek nak habaq ! ( orang utara , sorry kalao ta betui noo )

Sebagai permulaan cerita di pagi hari neh, saya ingin mem-brief-kan bahawa, adik dengan kakak ni kan suatu makhluk manusia yang saya rasa sangat kuat ikatan kekeluargaannya. Tak kira la adik lelaki ke , perempuan ke, kakak lelaki ke kakak perempuan ke , erk ! ( Saya tak ada abang ).

Apa cerita adik dengan kakak ni ? Lambat la kau ni Cik LaVender ! Dok merapek aje dari tadi. Erk , merapek ke ? Dushhh ! Makan buah tangan !

Oke-oke, Jangan gaduh-gaduh ye. hari ni semua orang pun dapat baca la , kalu tak dapat baca sila bacakan untuk orang yang tak dapat membaca itu ye. Ehehe.

Ceritanya begini, Suatu masa dahulu terdapat dua orang gadis sunti yang chanteq lagi jelita, kakak dan adik, nama dirahsiakan. Kakak adalah seorang pelajar di UiTM dan mendapat biasiswa dari sebuah syarikat terkemuka dibandar. Setahun berlalu, Adik pula mengikuti jejak langkah kakaknya dan mendapat tawaran di universiti yang sama. Tetapi malangnya, Adik tidak mendapat biasiswa dari mana-mana badan keparat. Haha.

Nak dipendekkan cerita, Kakak memberi Adik sumbangan sebagai bantuan untuk Adik belajar, dengan bersungguh-sungguh. Maka Adik pun belajar dengan bagusnya sehingga mendapat keputusan yang sangat baik. Namun , malang menimpa Si Kakak, suatu ketika Kakak ditimpa kesusahan sehingga tidak dapat membiayai makan dan minumnya sendiri kerana tiada duit. Kakak menghubungi ibunya , Si Mak. Maka Mak pon memberitahu, " Gi pinjam nge adik mg nuh, ye kaye doh leni . " Ahaha.

Maka, Kakaknya pun bertindak seperti mana yang disuruh Si Mak kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Ehehe.

TAMAT

Akhir kata,
  • Jangan bermusuhan dengan adik beradik
  • Sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
  • Jangan derhaka kepada ibu dan bapa
  • Jadilah anak yang taat kepada bangsa , agama , dan negara
  • Belajar bersungguh-sungguh
  • Jangan membazir duit untuk perkara yang tak berfaedah
  • Air dicincang tidak akan putus
Merapek di pagi hari. Sekian.

Macam biasa renungkan cerita ini.

p/s : Tiada kena mengena dengan siapa-siapa sama ada yang hidup , yang telah meninggal dunia , atau on the way nak meninggalkan dunia. Peace !

Ihsan Cik LaVender

Adik & Kakak !

Friday 16 December 2011

Edisi Merapu & Merapek

Assalamualaikum !

Ehehe, bertemu lagi kita dalam edisi merapu dan merapek. Hari ini seperti hari sebelum ini iaitu semalam saya masih lagi free kerana assignment dah on the way nak siap. Eh, kan baru semalam update cakap tak buat lagi. Macam mana tetiba hari ni dah nak siap. Ahah !

Itula gunanya group discussion. Peace !

Okeh, hari ini saya nak bercakap pasal sesuatu yang saya agak mungkin adalah salah satu hot topic bila umur dah masuk umur 20, and dah ada partner yang steady.

Kahwin!

Yep, tapi saya mintak maaf kalau ni bukan cerita hot, ia la saya ni bukannya uptodate sangat pon dengan isu-isu semasa neh. Macam mana boleh datang idea nak buat entry pasal kahwin neh? Emm, begini ceritanya, dipendekkan, semalam datang la sorang girl ni datang jual tiket Teater Malam Gala dekat bilik. Girl ni sebenarnya bekas roomate masa part one, dah lama tak bertemu dan bertembung dengan girl ni, and dah banyak sangat cerita yang kurang sedap di dengar sampai kepada saya ( setakat ni) . Okeh, dan lepas dia blah tu, maksudnya pergi ( kang ada yang tak paham terkecik hati pulakkk ) , tetiba roomate yang sekarang neh tercerita dekat saya yang tengah khusyuk buat assignment yang girl neh dah nak kawin.

Oppps , yeke ?

Muda lagi orangnya , dah nak kawin. Yela , dah sampai jodoh kan, tapi girl ni ada boyfriend steady ke ? Tetiba je nak kawin kan ?? Okelah, Think positive ye Cik Lavender !

Hehe, jadi untuk meneruskan entry pada hari ini, kepada bunga-bunga cinta saya yang nak kawin tu saya mintak jawab dulu persoalan ni....

  • Are you ready to be married ?
  • Awak dah saling memahami ke antara satu sama lain ?
  • Kewangan macam mana pulak?
  • Restu parents ?
  • Responsibilities ?
  • Dah fikir habis masak ke ? Tak nak tunggu garing sikit lagi ? hehe..
Emm, dan banyak lagi.

Oleh kerana saya rasa mende ni adalah hot topic ( walaupun tak kot ), saya nak kongsi satu link dari satu website. Mana tahu dapat jadi rujukan untuk student-student yang nak ikut jejak langkah girl yang saya cerita tadi tu.


Akhir sekali , jadikan perkahwinan sebagai satu ikatan yang suci untuk sentiasa mendekatkan diri dan mengingati Tuhan yang maha esa.

Wasalam .



p/s : Seronok kawin , tapi biarlah berpada-pada. Bekahwinlah kerana Allah dan bukan kerana keseronokan didunia semata-mata.


ihsan google

Romantik-nya !

Thursday 15 December 2011

Kerunsingan Cik Lavender

Assalamualaikum !

Yeap ! hari ini saya masih lagi update , dan masih lagi sangat-sangat free walaupon ada la jugak dua tiga esaimen yang sudah menunjukkan batang hidung beliau. Sebelum diri ini mula menyibukkan diri tidak lama lagi ada baiknya saya menyibukkan diri dengan meng-update cerita-cerita terbaru mengenai diri ini, yang tulus ini, dan yang rajin ini. Wahh !

Hari ini, seperti hari-hari yang sebelumnya saya akan teruskan lagi merapek perkara-perkara yang saya rasa amat perlu untuk di kemukakan di sini. Contoh ? Kenapa pada hari minggu yang menyeronakkan bagi sume orang ini, saya boleh tetibe rasa bosan yang amat sangat sehingga tercetusnyaa entry ini ? Nampaknya itu adalah salah satu contoh yang baik, dan persoalan yang baik kenapa saya tercongok di depan lappy yang berusia Dua Tahun ini. Hah ! Itu cerita lappy.

Ini cerita pasal Cik Lavender pulak !

Cik Lavender saat ini tengah runsing. Tau kenapa ? Sebab dah tak lama lagi nak masuk tahun baru. Dah apa kena mengena tahun baru dengan Cik Lavender pulak ? Sebab tahun depan Cik Lavender dah masuk umoo puluh-puluh. Dah tak main lagi dah umoo belasan neh ! Puahaha.

Amboi, Seronak ke ? Dah tua kau ye Cik Lavender........................... -_-"" Aduii..

Seronak ke dah tua ni ? Saya rasa amat macam tak seronak, uhh ! Iyela, masuk 20 memang la orang tak kata apa lagi kan, esok-esok dah masuk 22, orang ( makcik-makcik) mula la tanya : Bila kamu ni nak habis belajar? ... Keje apa sekarang ? ..... Eloklah, Balas jasa mak ayah kamu tu, selama ni duk besar kan kamu... Ops , stop ! Okelah.

Masuk umoo 24 , dah settle urusan study, Diploma dah lepas, Degree pon tunggu Konvo ( INSYA'ALLAH ) , mai lagi orang duk tanya, hak ni pesen personal sikit : Bila nak kawin ? ... Dah ada orang punya ke ? Eloklahhh ...... Dushhhh ! Elok ke ? hehehe...

Pendek kata, Kita hidup biarlah sentiasa beramal, ceria dan semoga diberkati. Usia muda jangan disia-siakan, kelak nanti menyesal badan.. Chewahhh ! Boleh jadi pantun !

Adioss !

p/s : Saya merapek lagi ............................ ^_^v

ihsan google

Damai-nya !

Saya Dengki Dengan You , Lol !

Assalamualaikum ols!


Hesh, di hari yang mulia ini, i tak tahu nak buat apa so i pon blogwalking. Biasalah kan , bila blog walking of course kte akan rasa sangat-sangat impress tengok belog orang lain , comey-comey jah. Belog kita ni , apa ada ? But still, saya budak baru belajar. So, dengan rasa rendah diri yang amat sangat saya menyatakan bahawa, belog saya memang sangat bosan. Leave this page if you don't like !

Pape pon , saya memang tak boleh lari la dengan persoalan neh, macam mana korang buat belog korang cantik-cantik aa? Saya sangat-sangat dengki maa.. Ajor la kite ni ugak.. Sedih la, belog tak comey, berserabut berabai, orang nak masuk baca pon tak lalu kn?

Emm, at least bagi la aku belog macam adik aku neh, simple je. Walaupon , sebenornye aku yang settlekan masalah layout budak ni. Adui, I just rip wut I sow maa !

Itula kn ? Orang buat belog kite nak buat jugak, kang dah tak tau apa jadi dah. Tengok la sekarang neh, dok merapu tak tau ape.

Wey , nak merapu tak payah la nak cakap kat sini , tulih panjang-panjang wat sakit hati orang baca aje la.

Chow ah !

Follow this belog , Cik Ayeesya !

p/s : Kenapa tak folloe , tau la belog kita tak besh ! Majok ahh !


ihsan google ^_^v