Jemput Masuk ^_^v





Saturday, 17 December 2011

Hikayat Adik vS Kakak

Assalamualaikum !

Selamat Pagi 1 Malaysia ! Eheheh, hari ini kita bersiaran lagi dalam rancangan Adik vS Kakak. Kenapa adik dengan kakak, kenapa tak buat mak dengan ayah ke , abang dengan kakak ke, boipren dengan gerpren ke , kan ? Kenapa ? Hoh, mai chek nak habaq ! ( orang utara , sorry kalao ta betui noo )

Sebagai permulaan cerita di pagi hari neh, saya ingin mem-brief-kan bahawa, adik dengan kakak ni kan suatu makhluk manusia yang saya rasa sangat kuat ikatan kekeluargaannya. Tak kira la adik lelaki ke , perempuan ke, kakak lelaki ke kakak perempuan ke , erk ! ( Saya tak ada abang ).

Apa cerita adik dengan kakak ni ? Lambat la kau ni Cik LaVender ! Dok merapek aje dari tadi. Erk , merapek ke ? Dushhh ! Makan buah tangan !

Oke-oke, Jangan gaduh-gaduh ye. hari ni semua orang pun dapat baca la , kalu tak dapat baca sila bacakan untuk orang yang tak dapat membaca itu ye. Ehehe.

Ceritanya begini, Suatu masa dahulu terdapat dua orang gadis sunti yang chanteq lagi jelita, kakak dan adik, nama dirahsiakan. Kakak adalah seorang pelajar di UiTM dan mendapat biasiswa dari sebuah syarikat terkemuka dibandar. Setahun berlalu, Adik pula mengikuti jejak langkah kakaknya dan mendapat tawaran di universiti yang sama. Tetapi malangnya, Adik tidak mendapat biasiswa dari mana-mana badan keparat. Haha.

Nak dipendekkan cerita, Kakak memberi Adik sumbangan sebagai bantuan untuk Adik belajar, dengan bersungguh-sungguh. Maka Adik pun belajar dengan bagusnya sehingga mendapat keputusan yang sangat baik. Namun , malang menimpa Si Kakak, suatu ketika Kakak ditimpa kesusahan sehingga tidak dapat membiayai makan dan minumnya sendiri kerana tiada duit. Kakak menghubungi ibunya , Si Mak. Maka Mak pon memberitahu, " Gi pinjam nge adik mg nuh, ye kaye doh leni . " Ahaha.

Maka, Kakaknya pun bertindak seperti mana yang disuruh Si Mak kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Ehehe.

TAMAT

Akhir kata,
  • Jangan bermusuhan dengan adik beradik
  • Sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
  • Jangan derhaka kepada ibu dan bapa
  • Jadilah anak yang taat kepada bangsa , agama , dan negara
  • Belajar bersungguh-sungguh
  • Jangan membazir duit untuk perkara yang tak berfaedah
  • Air dicincang tidak akan putus
Merapek di pagi hari. Sekian.

Macam biasa renungkan cerita ini.

p/s : Tiada kena mengena dengan siapa-siapa sama ada yang hidup , yang telah meninggal dunia , atau on the way nak meninggalkan dunia. Peace !

Ihsan Cik LaVender

Adik & Kakak !

No comments:

Post a Comment