Jemput Masuk ^_^v





Tuesday 20 December 2011

Nukilan Cik Lavender

Assalamualaikum !

Hari ni Cik Lavender update lagi . Bosan la jugak kan asyik duk mengadap Cik Asingment aje kan ? So , saya pon dengan senyap-senyap membuka Mr. Lappie  dan membuat Cik Entry pulak. Karang kalao tak buat merajuk pulak Pak Cik Belog neh kan. Okeh. Cik Lavender dah start nak merapu. Shuhh-Shuhh !

Macam mana nak teruskan entry neh ye? Saya sebenarnya dah buntu la, otak dah tersumbat dengan macam-macam stuff assignment, fikir nak balik lagi, mentang-mentang la cuti Mid-Sem dah nak datang kan, kena la prepared apa-apa yang patut, nak buat kenduri ke tak, nak pergi celebrate kat mana-mana ke kan ? Haha,  (Amboi banyak fulus ko ye Cik Lavender.)

Jadi untuk memenuhi kehendak Cik Entry neh, jadi saya sediakan sedikit nukilan, entah lah oke ke idok, dah lama tak mengarang stuff-stuff yang macam ni, macam mana la feedback ye,

SEMALAM YANG DINGIN
Hatiku yang kering dibayangi mimpi semalam
Menyusuri lembah kesetiaan
Jiwaku meronta dalam kepayahan

Mengapa yang pahit itu jua yang ku telan
Mengapa yang bisa itu jua aku mamah
Penantian yang memeritkan
Membunuh lamunanku yang kering kontang

Membawa kelesuan menyusuri angin yang hilang
Menggamit rindu yang tiada kesudahan
Mendamba kasih yang berjauhan

Nukilan
Cik Lavender

Okeh, Nukilan yang merapu. Sila komen Entry ini .. Peace !

p/s : Adui, teringat kenangan zaman sekolah pulok !



No comments:

Post a Comment