Jemput Masuk ^_^v





Friday, 7 October 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 1)

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan telahku berikan seluruh hatiku
Tapi terlambat sudah untuk dipersalahkan
Kerna sekali cinta aku tetap cinta.
ROSSA FT PASHA UNGU

Qamaliya menutup diarinya hari itu dengan perasaan sebal. Dia sebal memikirkan cintanya seolah-olah di tolak mentah-mentah oleh seorang lelaki. Meskipun secara zahirnya tiada sesiapa mengetahui hasrat hatinya namun sedikit sebanyak egonya tercabar. Hakikatnya dia malu.
            Sungguh dia malu untuk berhadapan dengan lelaki itu selepas ini. bagaimana reaksinya. Mujur sahaja hasrat hatinya belum terluah. Kalau tidak sudah pastinya dia di cop  syok sendiri. Kepada teman baiknya dia amat berterima kasih. Sekurang-kurangnya dia banyak membantu.
            Otaknya ligat berfikir.  Bagaimana caranya untuk dia mengelakkan diri dari bertemu atau seboleh-bolehnya dia tidak mahu langsung bertembung walau sekilas pandang dengan lelaki itu. Raiyan, kenapalah dia hadir dalam hidupnya lantas mengisi kekosongan jiwanya yang sepi. Qamaliya buntu.
            Panggilan telefon yang menjerit minta diangkat tidak dipedulikan. Dia sibuk saat ini. kepalanya berserabut. Sebolehnya dia tidak mahu diganggu. Selesai telefon bimbitnya berdering, telefon rumah pula menjadi mangsa. Kedengaran suara halus adiknya, Qazryna berbicara dengan seseorang. tidak lama kemudian namanya diseru lantang dari luar. Qamaliya bingkas bangun. Dia menjenguk ke luar.
            “Akak, kawan.” Kata Qazryna pendek seraya menyerahkan ganggang kepadanya. Qamaliya menyambut hulurannya dengan lemah. ‘Ada aje yang kacau la!’ bentak hati kecilnya.
            “Helo.” Sapanya kasar. Dia sudah mengagak siapa pemanggilnya.
            “Helo Liya. Kenapa ni? Call tak angkat. Kau sakit ke?” tanya Lidya dihujung talian. Qamaliya tersenyum sumbing.
            “Memang sakit pun. Sakit hati. Apahal kau call ni. Kacau la orang nak rehat malam-malam ni.” Jawab Qamaliya acuh tak acuh. Jiwanya benar-benar sakit. Kalaulah ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menenangkan jiwanya sudah pasti awal dulu dia lakukan.
            “Rileks la. Aku ada something nak bagitahu ni…” kata Lidya. Qamaliya mengeluh panjang.
            “Aku dah agak dah. Camping lagi la tu.” Teka Qamaliya. Lidya sudah galak ketawa duhujung sana.
            “Kau ni… tahu-tahu aje.. nak ikut tak? Hujung minggu ni. Mesti best.” Kata Lidya. Ketawanya masih bersisa. Qamaliya bosan. ‘ Apa ni? Kalut betul la.’ Bisik hati kecilnya.
            “Apa yang bestnya? Kau ni tak ada benda lain ke nak ajak aku join. Ajak la  aku pergi shopping. Treat aku tengok wayang ke. Aku tension siot ni!” luah Qamaliya. Perasaannya di luah kepada teman baiknya itu. sedikit sebanyak jiwanya tenang.
            “Alah.. last time. Lepas ni kau ajak pergi mana-mana pun aku ikut. Boleh? Please…” rayu Lidya lagi. Bila di fikirkan kembali, betul juga apa yang Qamaliya luahkan itu. banyak kerenahnya Qamaliya ikut. Tak kira kemana sahaja semua dituruti Qamaliya. Mungkin keakraban mereka sejak kecil mendorong Qamaliya berbuat begitu.
            “Yelah.. janji last tau..”
            “okay.. sebab tu aku sayang sangat kau.” Balas Lidya sebelum mengakhiri perbualan mereka. Qamaliya mengeluh lemah. Hujung minggu ni dia pasti tidak lekat dirumah lagi. Semuanya kerana temannya yang seorang itu. ‘ Hmm, nasib aku la.’ Keluh Qamaliya malam itu sebelum matanya lena.

1 comment:

  1. sila la suggest title , saya xdek idea laa.. hehe ^_^v peace

    ReplyDelete