“LIDYA, betul ke orang ni yang akan guide kita masa kat kem nanti? Poyo je aku tengok mamat ni.” Tanya Qamaliya ditengah kebisingan peserta ekspedisi tersebut. Lidya sekadar menjungkit bahu.
“Entahlah. Tapi boleh tahan jugak hensem dia ni kan ? Macam Nabil Mentor tu. Kau ingat lagi tak?” jawab Lidya. Qamaliya mencebik.
“Kau ni memang! Ulat bulu dah naik daun.”
“Mana ada. Betul apa. Mimpi indah la aku malam ni.” Lidya tersenyum manis tatkala membayangkan mimpinya bersama pemuda yang sedang memberikan penerangan saat ini.
“Mimpi indah tengkorak engkau! Dalam hutan macam ni mimipi indah apanya. Mimpi ngeri ada la.” Balas Qamaliya sedang matanya masih tertumpu pada pemuda yang sedang memberi taklimat di hadapan mereka kini.
“Biar la. Asalkan abang kat depan tu sentiasa depan mata aku.” Lidya menjawab dengan lagak gediknya. Geli geleman Qamaliya dibuatnya.
“Abang?? Aku rasa sebaya aku je mamat poyo tu.” Qamaliya pula membuka ruang bicara. Lidya semerta berpaling.
“Yeke? Ahh, tak kira la. Aku dah sangkut betul la, hehe.” Giliran Lidya pula perasan sendiri. Qamaliya mengetap bibir.
“Ikut suka kau la. Asal kau bahagia sudah.” Kata Qamaliya akhirnya. Lidya tersenyum sumbing.
Tiba-tiba dirasakan pandangan Qamaliya tertancap pada sesusuk tubuh. Dari jauh dia mengamati susuk tubuh itu.
“Eh, Dya. Kau nampak tak apa yang aku nampak.” Tanya Qamaliya pada Lidya yang khusyuk mendengar taklimat.
“Tak nampak apa-apa yang pelik pun. Kau nampak apa?” tanya Lidya kembali. Qamaliya menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Aku salah tengok ke?’ fikirnya. Lantas hasratnya untuk bertanya lebih lanjut dibatalkan sahaja. Mungkin tersilap orang.
“Entah-entah kau nampak hantu kot?” kata Lidya perlahan. Qamaliya pantas berpaling ke sisi.
“Cit! cabul betul mulut kau ni. Aku cabai karang!” Qamaliya berang. Sudah tahu yang dirinya itu lemah semangat, lagi di usik temannya itu. Lidya tergelak kecil.
“Rilek la. Aku gurau je.” Qamaliya menjeling tajam.
“Eh, jom la. Abang tu suruh gerak. Jungle trekking pulak. I loved it!” kata Lidya kembali. Qamaliya memuncung bibirnya yang munggil.
“Nak gerak la ni. Apa nama tempat ni? Aku lupa la, Dya.” Tanya Qamaliya seraya kakinya ikut melangkah menuruti Lidya di hadapannya.
“Aku pun lupa daa.” Jawab Lidya pendek. Selebihnya mereka hanya diam mengumpul tenaga sepanjang pendakian mereka ke kaki Bukit Merah.
Qamaliya juga begitu. Dia lebih banyak mengeluh sepanjang ekspedisi mereka kali ini. Langkah kaki Lidya di hadapannya terus diikuti tanpa leka dengan harapan tekanan yang dibawanya dari rumah dan tempat kerja akan dapat dibuang jauh di dalam hutan ini.
Sampai di persinggahan rehat mereka Qamaliya bergegas mendapatkan bekalan air dari Lidya. Sekilas dia terpandangkan susuk tubuh itu lagi. Ingin ditanyakan kepada Lidya bimbang dia dikatakan mengelamun. Lantas hasrat itu dibiarkan sekali lagi. Namun begitu, jauh di sudut hatinya mengatakan bahawa lelaki itu turut berada di sini. Sejenak mindanya berputar. Mungkinkah?.

No comments:
Post a Comment