Jemput Masuk ^_^v





Saturday 5 November 2011

Still No Title (Chapter 1 - Part 4)

QAMALIYA sendirian di pintu khemah. Sengaja dia tidak mahu menyertai yang lain mengelilingi unggun api. Dia mengelamun. Semakin dia lari dari masalah yang membelenggu rupanya dia semakin dekat dengan masalah tersebut. Fikirnya jiwanya akan kembali tenang namun sebaliknya yang terjadi. Dia mengeluh kasar.
            “Kenapa mengeluh?” sapa satu suara. Jantung Qamaliya tersentap kuat. Pantas dia berpaling. Dari tepi khemah Raiyan muncul. Qamaliya kelu. Entah kenapa dia jadi malu untuk berbicara dengan pemuda itu meskipun Raiyan sedikit pun tidak mengetahui isi hatinya. Qamaliya pegun. Serasa ringan kakinya ingin bangun dan berlalu.
            “I minta maaf kalau you terkejut.” Kata Raiyan. Qamaliya pantas tersedar. Dia sekadar membisu. Bibirnya terasa berat. Mujur sahaja dia duduk membelakangkan  cahaya.
            “Kenapa diam? You macam nak menjauhkan diri aje..” Qamaliya terusan diam. Raiyan mati kutu.
            “Oklah kalau awak tak nak cakap dengan saya. Maybe I suppose to go.” Kata Raiyan seakan ingin meraih perhatian Qamaliya. Qamaliya berfikir sejenak. Raiyan tidak bersalah sebenarnya. Cuma dia sahaja yang malu sendiri. Perlahan Qamaliya cuba membuka mulut.
            “Daniella tak ikut ke? Dia mungkin tak suka kita berduaan macam ni.” Kata Qamaliya, cukup perlahan namun masih dapat didengari Raiyan. Qamaliya mendongak sedikit melihat Raiyan yang sedang berdiri di hadapannya. Pandangan mereka bertaut.
            “Kenapa pulak dia tak suka?  You’re my friend, right?” jawab Raiyan seraya tergelak kecil. Qamaliya bungkam. ‘ Friend? Oh, TUHAN.’ Suasana sepi kembali.
            “So, that’s  why you menjauhkan diri? Come on, Liya. Awak ni macam orang putus cinta.” Qamaliya sekali lagi bungkam. Pipinya berona merah. Terasa darah menyerbu naik ke mukanya. Tepat mengenai batang hidungnya sendiri.
            “Taklah. Aku takut awek kau datang serang aku je. Mati aku.” Lambat-lambat Qamaliya bersuara. Bibirnya di ketap perlahan. Bahasa lembut yang digunakan tadi sudah kembali kasar. Qamaliya tidak peduli. Dia tidak mahu terlalu mengikut perasaan dan berbahasa. Dia cuba mencipta tawa namun ternyata ia hanya lakonan semata.
            “Tak lah. Rilek la. Selagi kau kawan aku. Dia bukan boleh buat apa-apa pun.” Jawab Raiyan seraya duduk di atas rumput berhadapan dengan Qamaliya. Qamaliya sedaya upaya menundukkan muka nya dari dilihat oleh Raiyan.
            Raiyan pelik. Sikap Qamaliya mengundang tawanya.
            “Woit, kawan! Kenapa dengan kau ni. Main tuduk muka pulak. Ada jerawat batu ke apa.” Qamaliya tersentak. Serasa tebal mukanya dengan ejekan Raiyan.
            Tanpa dijangka tangan Raiyan memegang dagunya. Qamaliya terkesima. Pandangan mereka bertaut seketika. Dalam kesamaran malam kedengaran suara halus menghampiri mereka.
            “Raiyan! What are you doing?” Daniella bersuara lantang. Raiyan dan Qamaliya masing-masing terkejut. Sekejapan cuma satu tamparan hinggap di pipi Qamaliya. Raiyan terpempam.
            “Daniella! Apa ni?” marah Raiyan. Merah matanya menahan marah. Cepat sungguh tangan Daniella hinggap di muka Qamaliya tanpa mengetahui hal yang sebenar. Qamaliya pantas berlalu. Tanpa di pinta air matanya laju menuruni lekuk pipinya yang merah dengan kesan tamparan Daniella.
            Sungguh Raiyan menyesali perbuatan Daniella. Tidak disangka Daniella seorang yang berprasangka. Hubungan yang yang baru bermula serasa ingin diputuskan serta merta. Mindanya ligat berfikir.
            ‘Ah, persetan perasan Daniella. Tak tahu ke yang dia tampar tu member aku. Lantak kau la. Cemburu tak bertempat.’ Hati  Raiyan berbisik jahat. Sesungguhnya perbuatan Daniella itu tidak ubah umpama melukakan hatinya juga. Teman lelakinya.

No comments:

Post a Comment